"Kesian motor pak cik tu" Tokti mengaku ada lesen B2, 'throwback' kenangan dengan kawan-kawan sampai jatuh!

LocalEntertainment
6 Dec 2024 • 8:44 AM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

SETIAP orang mesti pernah berhadapan dengan pengalaman lucu dalam hidupnya. Lebih-lebih lagi kenangan lama bersama kawan-kawan.

Siapa sangka, rupanya Biduanita Negara ke-3 kita, Datuk Seri Siti Nurhaliza sebenarnya memiliki lesen motorsikal! Malah, beliau juga pernah ada pengalaman melucukan bersama kawan-kawan tentang itu suatu Ketika dahulu.

Akui beliau yang lebih mesra disapa Tokti dalam siaran langsung di platform TikTok, beliau tidak berapa mahir membawa motor pernah terbabas bersama rakannya.

"Saya tak pandai bawak motor sangat, tapi pernah bawa sampai terbabas. Nasib baik jatuh dekat rumput tau, bengkak paha sahaja.

"Saya jatuh dengan kawan-kawan. Masa tu nak ambil selekoh, terlajak ambil corner. Nasib baik jatuh denga rumput.

"Kesian motor pak cik tu. Bapa kawan saya punya motor pecah cermin sebelah," kata beliau.

image is not available

Dalam perkongsian yang sama juga, penyanyi nombor satu negara itu juga sempat berkongsi pengalaman ketika mengambil lesen motosikal.

"Saya ambil ujian untuk buat lesen kereta. Selepas itu, arwah ayah suruh ambil lesen motor.

"Masa ujian motor, saya lulus tau.

"Saya buat ujian naik titi, lulus.

"Buat ujian zig-zag, saya lulus," tambah beliau.

Darah muda Ketika itu, setiap orang pasti ada pengalaman yang sama, kan?

View Original Article