Kesian Pak Belang, Jalan Gelap Sangat Lah Tu…

16 May 2024 • 3:58 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Gambar TikTok

Seekor harimau belang jantan dewasa mati dipercayai akibat dirempuh kenderaan di KM50.8 menghala ke Kuala Lumpur Lebuhraya Pantai Timur (LPT) dekat Lentang, Bentong, awal pagi tadi.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Pahang, Rozidan Md Yasin dilaporkan berkata kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 1.23 pagi.

Harimau belang dengan berat dianggarkan 130 kilogram itu mati di tempat kejadian. - Getaran, 16 Mei 2024

        View this post on Instagram                      

A post shared by Getaranmy (@getaranmy2.0)