“Kesianlah Saya Anak Bini Dizalimi..” – Aliff Syukri Dakwa Bekas Menteri ‘Lari’ Bayar Hutang Jutaan Ringgit

3 Jul 2023 • 11:12 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sebelum ini, usahawan sensasi, Datuk Aliff Syukri ada meluahkan rasa berang terhadap seorang founder tudung yang enggan membayar hutang sebanyak jutaan ringgit terhadapnya.

Terbaru, secara terbuka di Instagram, usahawan terbabit menuntut seorang bekas menteri yang bergelar Tan Sri untuk membayar hutang bernilai puluhan juta kepadanya.

Tuntutan terbabit dibuat secara terbuka kerana Tan Sri tersebut gagal dihubungi oleh Aliff bagi memberi maklum balas mengenai hutangnya.

Malah, usahawan sensasi itu juga ada memuat naik gambar individu berkenaan tetapi menutup bahagian wajah lelaki itu.

Siapa kenal Tan Sri ni? Minta dia bayar duit saya berpuluh juta. Dia mesti kaya sebab bekas menteri.

Namun begitu, Aliff sempat memberitahu bahawa dirinya enggan bercerita secara lanjut hal yang sedang berlaku kerana tidak mahu menjatuhkan maruah keluarga individu berkenaan.

image is not available 1 week ago

"Acah Alim, Pakai Beg Prada.." - Aliff Syukri Hilang Sabar 'Founder' Tudung Sarung Liat Bayar Hutang Berjuta