Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Baru-baru ini, seorang wanita dikecam ramai selepas didakwa meletakkan racun rumput ke dalam pinggan berisi makanan kucing.
Dakwa pengguna Therads dikenali sebagai Syera, wanita itu bertindak sedemikian kerana tidak berpuas hati ada kucing dipercayai milik jiran yang kerap mencakar tempat duduk motosikalnya.
“Kalau viralkan orang yang racun kucing boleh? Kena saman tak nanti? Membara-bara saya rasa. Puncanya sebab kucing tu suka cakar seat motor. Kucing tu bertuan katanya,” dakwa Syera.
Menerusi foto tangkap layar WhatsApp Status yang dikongsi, kelihatan wanita itu menunjukkan sebungkus makanan kucing basah bersama racun rumput dengan kapsyen, “Malam ni jamuan (untuk kucing) onz.”
Pengguna Threads Dakwa Anak Anjing Termakan Makanan Mengandungi Racun
Dakwa Syera, ada anak anjing yang telah termakan makanan beracun itu. Namun tidak dapat dipastikan keadaan anjing terbabit pada ketika ini.
Tambahnya lagi, laporan polis akan dibuat susulan kes tersebut.
“Bangga betul ya meracun kucing, harapnya tak ada kematian. Kalau ada kematian meh kita ke balai kasi selesai,” katanya di ruangan kapsyen.

“Kalau Betul Tak Suka Kucing, Ada Seribu Cara Untuk Kendalikan” – Netizen
Perkongsian tersebut kemudiannya telah mendapat perhatian ramai golongan netizen. Ada individu yang berkata terdapat banyak lagi cara untuk mengendalikan isu haiwan peliharaan jiran yang merosakkan harta benda.
“Ada individu yang disyaki cuba meracun kucing menggunakan wet food (makanan basah) yang dicampur racun rumput Tri-Ester. Lebih menyedihkan, anjing pula turut termakan umpan tersebut.
“Kalau betul tak suka kucing, ada seribu cara untuk kendalikan. Bukan letak racun dalam makanan dan biarkan haiwan lain jadi mangsa.
“Bukti sedang dikumpulkan dan laporan akan dibuat,” kata seorang pengguna Threads lain.
Baca Artikel Berkaitan: “Zalim Sungguh” – Ramai Sedih Lihat Tindakan Individu Sanggup Racun 9 Ekor Kucing Peliharaan Lelaki Ini
“Sedihnya, Haiwan Jalanan Hanya Nak Datang Makan” – Netizen
Ramai juga meluahkan rasa simpati dengan nasib haiwan-haiwan jalanan yang mungkin termakan makanan berkenaan.
“Sedihnya. Kepada anak-anak (haiwan) jalanan yang datang nak makan. Manusia yang salah, yang tak ada tanggungjawab. Kenapa haiwan yang tak boleh bersuara yang kena akibatnya,” kata seorang wanita.
“Kepada sesiapa yang gaul racun dengan makanan atas niat nak bunuh anjing dan kucing. Satu hari nanti ada kifarahnya,” ujar seorang warganet.
Menerusi semakan kami, ada juga individu yang sudah membuat laporan polis.
View on Threads
Tri-Ester 32 Biasanya Digunakan Untuk Kawal Tumbuhan Berkayu
Tri-Ester 32 adalah racun rumpai yang digunakan untuk mengawal tumbuhan berkayu atau semak. Memetik seorang ahli grup Facebook Persatuan Penanam Sawit Malaysia, bahan aktifnya biasanya daripada kumpulan triclopyr ester namun ianya bergantung kepada formulasi atau jenama racun itu sendiri.

Merujuk kepada notis keselamatan racun tersebut, pengguna perlu:
- Elakkan terkena kulit dan mata
- Jauhkan daripada makanan, minuman dan kanak-kanak
- Sentiasa baca dan rujuk label sebelum guna
Selain itu, terdapat notis amaran bahaya jika tertelan, terhidu asap atau kabus semburan selain larangan memakan, meminum atau merokok selepas menggunakan racun ini. Tri-Ester 32 juga dikategorikan racun kelas tiga.
Berikut antara komen-komen netizen:






Baca Artikel Berkaitan: “Kenapa Kejam Sangat?” – Lelaki Selamatkan Kucing Diikat Dalam Guni & Dicampak Ke Sungai [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Affiliate Tergamak Promosi Racun Anjing Liar Di Media Sosial, Ramai Minta Pihak Berkuasa Ambil Tindakan [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Kes Kanak-Kanak Tendang & Heret Kucing, Ibu Mohon Maaf

![[VIDEO] Halaman luas untuk kucing main, rupa-rupanya ‘syurga’ ular sawa](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/09/kucing-ular-sawa-1024x768.jpeg)