Kesihatan Mental, Inisiatif Bantu Pembeli Rumah Pertama, Antara Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini

LocalPolitics
8 Mar 2023 • 9:06 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Isu kesihatan mental, subsidi golongan B40 dan M40 serta pengangkutan awam adalah antara yang dibangkitkan di Dewan Rakyat hari ini. - Gambar fail

KUALA LUMPUR - Usaha mengatasi masalah kesihatan mental dalam kalangan rakyat Malaysia dan inisiatif bagi membantu pembeli rumah pertama, antara yang dibangkitkan pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini. 

Menurut Aturan Urusan Mesyuarat di laman rasmi Parlimen, soalan mengenai kesihatan mental itu akan dibangkitkan Mohd Sany Hamzan (PH-Hulu Langat) kepada Menteri Kesihatan pada sesi soal jawab. 

image is not available
Mohd Sany Hamzan - Gambar dari Jabatan Penerangan

Soalan sama ada kerajaan berhasrat melaksanakan pemberian subsidi perumahan kepada pembeli rumah pertama akan dikemukakan Shaharizukirnain Abd Kadir (PN-Setiu).

Beliau ingin tahu sama ada subsidi itu akan melibatkan golongan B40 dan M40, serta memperluas Skim Pembiayaan Rent-To-Own (RTO) kepada semua pembeli rumah pertama.

Turut tersenarai, soalan Yeo Bee Yin (PH-Puchong) kepada Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim berhubung respons pelbagai industri dan pasaran terhadap Voluntary Carbon Trading (VCM).

Datuk Abdul Khalib Abdullah (PN-Rompin) pula akan membangkitkan soalan mengenai rancangan menambah baik sistem pengangkutan awam di seluruh negara dalam jangka masa lima tahun kepada Menteri Pengangkutan.

Selain itu, Wong Chen (PH-Subang) meminta Menteri Dalam Negeri menyatakan komitmen kerajaan untuk menyahjenayahkan kesalahan dadah kecil dalam usaha mengurangkan populasi banduan penjara di Malaysia.

Selesai sesi soal jawab, menteri-menteri akan menjawab perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2023 di peringkat dasar mengikut kementerian masing-masing. - Bernama