Kesihatan Mental Itu Penting, Periksa Tahap Stress Dan Depresi Anda Melalui Atas Talian

6 Dec 2022 • 8:36 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Kesihatan mental adalah penting di semua peringkat umur

Kesihatan Mental Itu Penting, Periksa Tahap Stress Dan Depresi Anda Melalui Atas Talian. Kesihatan mental adalah keadaan kesejahteraan di mana setiap individu sedar akan keupayaan mereka, boleh berhadapan dengan tekanan hidup normal, boleh bekerja dengan produktif dan menyumbang kepada komunitinya.

Kebanyakan orang boleh mengetahui sama ada sesuatu “yang tidak kena” pada diri mereka seperti tidak berasa seperti diri mereka yang biasa. Jika perasaan itu sementara, ia adalah perkara biasa. Walau bagaimanapun, jika perasaan itu berterusan, mungkin sudah tiba masanya untuk membuat pemeriksaan sendiri.

image is not available
Kesihatan Mental Itu Penting, Periksa Tahap Stress Dan Depresi Anda Melalui Atas Talian

Teruskan membaca untuk ketahui cara-cara memeriksa tahap stress dan depresi anda.

Anda boleh menjalani Ujian Saringan Kesihatan Mental atau Depression Anxiety Stress Scale (DASS) yang disediakan oleh Public Health Malaysia secara online. Manakala anda yang berstatus rakyat Sarawak, anda boleh ke laman rasmi Hospital Sentosa untuk semak.

Dengan ujian saringan ini, anda boleh ketahui status kesihatan mental anda samada dengan mengetahui tahap stress, risau, atau depresi. Anda boleh tekan pautan berikut: hsk.moh.gov.my/screening-dass

Sebelum itu, anda hendaklah mengisi butiran-butiran seperti yang dinyatakan di bawah:

image is not available

image is not available

Caranya mudah, anda hanya perlu menjawab beberapa soalan yang diajukan seperti di bawah ini. Anda jawab menggunakan skala yang telah disediakan.

image is not available

image is not available

Sebaik anda sudah selesai mengisi segala soalan yang telah disediakan, maka anda telah pun selesai mengambil saringan kesihatan mental. Keputusan pula akan diberikan sebaik saja anda mengisi beberapa maklumat tentang diri anda.

Peringatan juga buat anda semua, keputusan yang telah diberikan adalah untuk kesedaran anda. Jika anda mendapat keputusan depresi dan stress yang agak teruk, hendaklah berjumpa kepada pakar dan membuat appointment. Jangan self-diagnosed, ya.

image is not available