Kesihatan mental perlu giat dipromosi

26 May 2024 • 3:13 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Mardinah Jikur

SANDAKAN: Prevalens masalah kemurungan dalam kalangan golongan dewasa di Malaysia meningkat daripada 2.3 peratus (2019) kepada 4.6 peratus pada 2023 mengikut Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi.

Ahli Parlimen Sandakan Vivian Wong Shir Yee berkata, apa yang membimbangkan laporan terbaru juga menunjukkan prevalens masalah kesihatan mental bagi kanak-kanak dan remaja berumur 5 hingga 15 tahun juga meningkat daripada 7.9 peratus (2019) kepada 16.5 peratus (2023).

Jelasnya, beban penyakit yang dihadapi akibat penyakit mental sememangnya boleh memberi kesan bukan sahaja ke atas individu itu sendiri, malah juga memberi impak yang besar kepada ahli keluarga, masyarakat, ekonomi dan perkembangan negara.