Kesihatan PM baik, mampu teruskan tugasan rasmi - Pengarah HSIS

LocalHealth & Fitness
18 Jan 2026 • 1:31 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Anwar (empat dari kiri) dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (tiga dari kanan) bersama kakitangan HSIS, Serdang.

SHAH ALAM - Kesihatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim disahkan berada pada tahap memberangsangkan selepas menjalani pemeriksaan kesihatan berkala di Hospital Sultan Idris Shah (HSIS), Serdang pada Ahad.

Pengarah HSIS, Dr Farique Rizal Abdul Hamid berkata, keputusan pemeriksaan mengesahkan Perdana Menteri berada dalam keadaan sihat dan mampu meneruskan semua tugasan rasmi seperti telah dijadualkan.

Menurut beliau, pemeriksaan kesihatan berkala itu turut mencerminkan komitmen berterusan Perdana Menteri dalam memastikan tahap kecergasan serta kesejahteraan diri sentiasa terpelihara.

"Langkah berkenaan penting bagi menjamin keupayaan Perdana Menteri untuk terus memimpin negara serta menunaikan amanah kepada rakyat dengan penuh kesungguhan dan dedikasi," katanya menerusi satu kenyataan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved