Kesihatan UAI Semakin Baik, Masih Perlu Rawatan Lanjut - Sumber

18 Mar 2023 • 10:42 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Ustaz Azhar Idrus - Gambar fail Bernama

KUALA LUMPUR - Tahap kesihatan penceramah bebas, Ustaz Azhar Idrus dilaporkan semakin baik selepas mendapat rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di Kuala Terengganu, sejak Selasa lalu.

Sinar Harian yang memetik kenyataan sumber melaporkan, pendakwah itu bagaimanapun masih memerlukan rawatan lanjut.

Susulan masalah kesihatan dialami jelas sumber lagi, semua kuliah dan ceramah beliau yang sudah disusun lebih awal terpaksa ditunda atau dibatalkan.

“Tak tahu lagi bila Ustaz akan dibenarkan keluar hospital,” katanya.

Masalah kesihatan dialami Azhar sebelum ini dimaklumkan oleh Exco Pembangunan Sukan, Belia dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Terengganu, Wan Sukairi Wan Abdullah menerusi satu hantaran di Facebook.

Hantaran tersebut dimuat naik selepas beliau menziarahi pendakwah berkenaan di hospital, Khamis lalu.

Menurut Wan Sukairi, Azhar sewaktu dilawati turut berkongsi masalah kesihatan yang dialaminya.

Katanya, pendakwah terbabit dimasukkan ke HSNZ sebaik mengadu kurang sihat Selasa lalu.

Susulan itu, kuliah Maghrib Ambang Ramadan bersama beliau yang sepatutnya berlangsung Masjid Kampung Bukit Tadok, Kuala Telemung di Kuala Terengganu pada Rabu terpaksa ditangguhkan kerana masalah kesihatan. - Getaran, 18 Mac 2023

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved