Kesilapan Ilustrasi Jalur Gemilang: KPM Mohon Maaf & Ambil Tindakan Tegas

LocalPolitics
24 Apr 2025 • 2:53 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.


Sebelum ini, terdapat kesilapan ilustrasi Jalur Gemilang janaan kecerdasan buatan (AI) yang dikesan dalam Laporan Analisis Keputusan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 yang diedarkan ketika sidang akhbar pada pagi ini (24 April).

Memetik Sinar Harian, kesilapan tersebut dikesan pada muka surat 14 dan 15 dalam laporan berkenaan.

Dokumen itu didakwa dimuat naik ke laman sesawang pada jam 10 pagi, namun ia sudah diturunkan selepas pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menyedari kesilapan berkenaan.

KPM mohon maaf dan ambil tindakan tegas serta merta

Terbaharu, KPM kemudiannya tampil dalam satu kenyataan membuat permohonan maaf berhubung perkara itu.

Susulan daripada kesilapan terbabit tindakan tegas turut diambil serta merta terhadap semua yang terlibat.

“Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memohon maaf atas kesilapan pemaparan Jalur Gemilang dalam Laporan Analisis Keputusan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) seperti yang diedarkan hari ini (24 April).

“Kecuaian ini tidak boleh diterima kerana Jalur Gemilang adalah lambang kebesaran dan kedaulatan negara. Tindakan tegas dan serta merta telah diambil ke atas semua yang terlibat.

“Siasatan terperinci juga sedang dilaksanankan,” jelas kementerian itu dalam satu kenyataan rasmi.

Tambahnya lagi, laporan analisis yang dicetak juga telah diminta untuk dikembalikan semula dan pembetulan segera sedang dibuat.

image is not available

Source: