Kesilapan kadar pertukaran dolar AS-ringgit, Google Malaysia mohon maaf

Business & Finance
18 Mar 2024 • 3:55 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Laporan Sinar Harian pada Sabtu.

KUALA LUMPUR - Google Malaysia hari ini membuat permohonan maaf atas kesilapan berkenaan kadar pertukaran dolar AS-Ringgit yang disiarkan di laman kewangannya.

"Kami segera menghubungi pihak ketiga yang memberikan maklumat tentang kadar pertukaran dolar AS-Ringgit untuk membetulkan kesilapan itu. Isu itu kini telah diselesaikan dan kami memohon maaf atas sebarang kekeliruan yang timbul,” kata Google Malaysia menerusi hantaran di laman X (dahulunya dikenali sebagai Twitter).

Google juga berkata, bahawa ia menyediakan kadar pertukaran mata wang hanya untuk tujuan maklumat sahaja.

"Sila rujuk sumber rasmi seperti laman sesawang Bank Negara Malaysia (BNM) untuk membuat sebarang keputusan kewangan,” katanya di laman blog mikro itu.

Pada 15 Mac lepas, Google telah menyiarkan kadar pertukaran dolar AS-Ringgit yang tidak tepat di laman kewangannya. Ini merupakan insiden kedua Google menyiarkan data kadar pertukaran dolar AS-Ringgit yang tidak tepat pada tahun ini yang mana pertama kali berlaku pada 6 Februari. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved