Kesilapan Pertukaran Kripto Bithumb Memberi Para Pengguna Bitcoin Bernilai $40 Bilion

WorldBusiness & Finance
9 Feb 2026 • 2:00 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Bithumb ialah salah satu daripada pertukaran kriptowang yang terbesar di Korea Selatan. Baru-baru ini, pertukaran tersebut telah membuat satu kesilapan besar dimana mereka telah memberi para pengguna platform tersebut 620 ribu Bitcoin yang bersamaan dengan kira-kira $40 bilion, yang bersamaan dengan 2000 Bitcoin untuk setiap pengguna.

Kesilapan ini berlaku gara-gara promosi di Bithumb, dimana mereka mahu menghadiahkan kriptowang bernilai 2000 Won kepada pengguna-pengguna mereka, tetapi telah tersalah menghantar 2000 Bitcoin kepada pengguna-pengguna tersebut, yang bernilai $40 bilion.

image is not available

Perkara ini berlaku pada penghujung minggu lepas, dan pihak Bithumb mengatakan bahawa mereka telah mendapatkan kembali 99.7 peratus Bitcoin yang dihantar secara salah kepada pengguna-pengguna platform tersebut.

Insiden ini telah menyebabkan badan kewangan Korea Selatan seperti Financial Services Commission untuk berbincang tentang isu-isu keselamatan platform seperti Bithumb, dan akan memastikan bahawa pertukaran seperti mereka dan platform-platform kewangan lain memastikan bahawa insiden serupa tidak berulang lagi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved