Kesilapan Teknikal, Poster Tunjuk 4 Calon PN DUN Kedah Belajar Sama Universiti

Politics
29 Jul 2023 • 1:19 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Kesilapan Teknikal, Poster Tunjuk 4 Calon PN DUN Kedah Belajar Sama Universiti

Ketua Penerangan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Negeri Kedah, Mohd Azam bin Abd Samat memaklumkan terdapat kesilapan teknikal pada poster profil bagi empat orang calon Perikatan Nasional (PN) yang diumumkan baru-baru ini.

Difahamkan, profil keempat-empat calon PN bagi Dun Kedah itu mempunyai maklumat yang sama pada bahagian latar belakang pendidikan.

Poster berkenaan menunjukkan keempat-empat calon tersebut pernah melanjutkan pelajaran di universiti yang sama iaitu, Marshall University.

Kesilapan teknikal, empat calon PN DUN Kedah belajar sama universiti

“PAS Kedah menyedari terdapat kesilapan maklumat terhadap beberapa profil calon Perikatan Nasional Negeri Kedah yang muncul dalam paparan skrin di Majlis Pengisytiharan Calon PN Kedah.”

Jelas Mohd Azam, kesilapan tersebut berpunca daripada kesilapan pereka grafik yang bertindak menggunakan templat rekaan poster profil yang sama.

“Terdapat 4 calon yang menggunakan “latarbelakang pendidikan” yang sama. Ia berlaku kerana kesilapan designer menggunakan template yang sama tetapi tidak menukar butiran calon yang lain.”

Walau bagaimanapun, Ketua Penerangan PAS itu mengatakan kesilapan tersebut hanya berlaku pada poster yang dipaparkan pada skrin.

Sewaktu pengumuman calon diadakan, Mohd Azam menjelaskan bahawa pengacara majlis telah menyebut butiran profil calon PN dengan tepat.

“Bagaimanapun kesilapan hanya berlaku pada paparan skrin tetapi tidak berlaku kesilapan ketika profile calon dibacakan oleh pengacara majlis.”

Pada akhir kenyataannya, Mohd Azam memaklumkan pihak penganjur telah memohon maaf atas kesilapan yang berlaku.

“Pihak penganjur sama sekali tidak berniat untuk memberi maklumat yang tidak tepat dan memohon maaf atas kesilapan yang berlaku.”

PN Pertaruh Penyandang MB Kedah, Bekas Pemain Bola serta Ahli Akademik di Kedah

Perikatan Nasional (PN) mencalonkan semula hampir semua penyandang Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kedah. Hal in termasukkah Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor di Jeneri pada Pilihan Raya Negeri (PRN) negeri tersebut.

Turut menarik perhatian, dua bekas pemain bola sepak kebangsaan yang juga legenda Hijau Kuning, Radhi Mat Din dicalonkan di DUN Alor Mengkudi dan Baddrol Bakhtiar di Gurun.

Selain itu, dua profesor turut dicalonkan oleh PN untuk bertanding di Kedah. Antaranya, bekas Naib Canselor Universiti Utara Malaysia, Prof Dr Haim Hilman di DUN Jitra dan bekas pensyarah di Universiti Sains Malaysia, Profesor Dr Ts Muhammad Suffian di DUN Bandar Baharu.

Sumber: YB Ustaz Mohd Azam Abd Samat – DUN Sungai Limau via Facebook