Kestabilan Politik Di Sarawak Membawa Banyak Pembangunan Dan Kemajuan Negeri

19 May 2024 • 11:38 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Kestabilan politik di Sarawak

Kestabilan Politik Di Sarawak Membawa Banyak Pembangunan Dan Kemajuan Negeri. Dipetik dari Bernama, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata kestabilan politik di Sarawak telah membawa banyak pembangunan dan kemajuan di negeri ini.

Beliau berkata antara pembangunan dan kemajuan tersebut ialah pengenalan teknologi hidrogen oleh Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

image is not available
Kestabilan Politik Di Sarawak Membawa Banyak Pembangunan Dan Kemajuan Negeri

Sarawak mempunyai tujuh institusi TVET

Menurut Ahmad Zahid, tidak ada negeri di Malaysia yang mempunyai tujuh institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) seperti di Sarawak yang menyediakan pengajaran dalam bidang teknologi seperti Internet Kebendaan, robotik dan teknologi baharu.

Beliau berkata demikian bukan kerana membandingkan Sarawak dengan negeri-negeri lain, namun hakikatnya ialah apabila kestabilan politik dapat dicapai atas usaha Tan Sri Abang Johari yang bukan hanya terkenal di Malaysia malah di luar negara, kata beliau ketika berucap pada majlis sambutan pra-Gawai Parti Rakyat Sarawak (PRS) 2024 di sini malam tadi.

Beliau berkata ianya adalah amat penting bagi sesebuah negeri bagi mempunyai kestabilan politik untuk bergerak maju di dalam bidang teknologi.

image is not available
Sumber foto: Tegas

Menyokong TVET sebagai aliran baharu

Beliau yang juga merupakan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah menyatakan sokongannya terhadap TVET sebagai aliran baharu di dalam sistem pendidikan negara.

Tambah beliau lagi, dahulu bidang TVET adalah pilihan kedua atau ketiga bagi ibu bapa yang anak-anak mereka gagal di dalam bidang akademik.

Namun kini, Sarawak telah menggantikannya sebagai pilihan pertama anak-anak muda untuk mendapatkan pelajaran. Inilah yang dijadikan contoh dan kemajuan ini saya yakin adalah kerana kepimpinan yang baik oleh Tan Sri Abang Johari, ujar beliau.

image is not available

Memberikan keutamaan kepada kemajuan infrastruktur

Beliau berkata selagi beliau diberikan amanah oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk meneraju Kementerian Pembangunan Desa dan Wilayah, beliau akan memberikan keutamaan kepada kemajuan infrastruktur di kawasan luar bandar negeri ini.

Meskipun bukan terletak di bawah tanggungjawab kementeriannya, Ahmad Zahid berkata beliau akan meminta Kerajaan Pusat bersama-sama kerajaan negeri membantu dalam memajukan rumah-rumah panjang yang uzur, musnah kerana kebakaran atau dilanda banjir.

Majlis sambutan itu turut dihadiri Menteri Perpaduan Negara Datuk Seri Aaron Ago Dagang dan Presiden PRS Datuk Joseph Salang Gandum.

Lagi berita terkini untuk anda di sini: