Kestabilan politik elemen penting urus inflasi, ekonomi

PoliticsBusiness & Finance
14 Jul 2022 • 3:31 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

PUTRAJAYA - Kestabilan politik merupakan antara elemen penting dalam pengurusan inflasi, soal ekonomi dan pelabur, kata Pengerusi Pasukan Jihad Tangani Inflasi, Tan Sri Annuar Musa.

Annuar yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia memberikan contoh kestabilan politik itu penting untuk menarik pelabur sekali gus memastikan kesemua bekalan mencukupi.

"Kalau kita nak bekalan cukup, kena ada pelabur dalam membuat pengeluaran. Orang tidak akan melabur kalau politik tidak menentu, dia akan menunggu.

"Bila dia menunggu, maka bekalan akan terencat. Bila bekalan terencat dalam keadaan permintaan meningkat, jadi harga akan meningkat," katanya menjawab soalan pemberita sama ada ketidaktentuan politik memberi kesan kepada kadar inflasi.

Dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Pasukan Jihad Tangani Inflasi siri ketiga di sini pada Khamis, Annuar berkata, kesemua sistem pentadbiran kerajaan akan menjadi ‘kelam-kabut’ sekiranya sistem politik negara tidak stabil.

"Sebenarnya kalau politik tidak stabil, bukan sahaja inflasi, semua benda tak jadi. Ia akan jejaskan soal ekonomi dan pelabur,” katanya. - Bernama