Kesudahan Bahagia, Episod Akhir ‘Twinkling Watermelon’ Raih Rating Biasa

15 Nov 2023 • 10:44 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available

Dengar cerita, ramai yang seronok melayan drama “Twinkling Watermelon” di tvN kini?

Dalam episod akhir ini, Eun-gyeol (Ryeoun) tetap tidak dapat menghentikan kemalangan ayahnya Yi-chan (Choi Hyun-wook) di mana ia menyebabkan lelaki itu tuli. Walau bagaimanapun, dia berjaya menjadi ketua kugiran popular selepas itu selain turut berada di sisi Cheong-ah (Shin Eun-soo) selamanya. Eun-gyeol kemudiannya menjadi popular dalam industri muzik dan berbaik dengan Eun-yu (Seol In-ah) di masa hadapan.

Dengan kesudahan yang memuaskan semua, “Twinkling Watermelon” berjaya meraih rating melebihi 4% iaitu 4.46% namun tidak berjaya melawan catatan terbaik yang dicapai ketika episod ke-4 iaitu 4.68%.

image is not available

Dalam pada itu, penonton turut meninggalkan komen mengucapkan terima kasih buat drama ini kerana berjaya menyampaikan kisah anak muda dengan baik selain turut menghiburkan semua pada saban minggu.

Korang seronok tak tonton “Twinkling Watermelon”?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

View Original Article