
SANDAKAN: Usaha memadam kebakaran hutan di Bukit Sim-Sim memasuki hari kelima pada Isnin.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan, Severinus Sainkui berkata pihaknya menghadapi beberapa kesukaran untuk memadamkan kebakaran di Bukit Sim-Sim.
“Proses pemadaman kebakaran hutan menghadapi kesukaran kerana keadaan struktur muka bumi di lokasi kejadian berbukit bukau.
“Tekanan air juga tidak sampai jika menggunakan hos air dan tiada akses jentera ke lokasi kejadian,” katanya.
SPONSORED CONTENT Electrifying windows of opportunity in Sabah - The right policies, collaborations, and strategies can turn emerging opportunities into victories for all parties in Sabah. CHIEF Minister Datuk Seri Panglima Hajiji Noor’s 2021 Hala Tuju Sabah Maju Jaya Plan and the Sabah Economic Development and Investment Authority (SEDIA) have laid out a road map to an exciting future for all Sabahans, with a target of increasing Sabah’s income levels and GDP per capita from about RM 23,000 to about RM 40,000 by 2030. Read more Severinus berkata pasukannya terpaksa mendaki bukit tersebut dengan memikul pam galas berisi air, dan melakukan kaedah “firebreak” untuk mengelakkan api daripada merebak.
Selain itu, beliau berkata pasukannya turut berdepan dengan pendawaian haram yang menyukarkan lagi usaha pemadaman.
Sementara itu, Ahli Parlimen Sandakan, Vivian Wong turut berada di lokasi pada pagi Isnin untuk meninjau perkembangan terkini proses pemadaman api.
Untuk rekod, Bukit Sim-Sim terkenal dalam kalangan pendaki, terutamanya selepas pelancaran Taman Rekreasi Elopura di bukit tersebut pada 2011.
Bukit Sim-Sim pernah mengalami kebakaran pada 2016, difahamkan akibat fenomena El Nino.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
