Kesuma bawa kerangka RUU baharu berkaitan gig Disember ini

LocalPolitics
9 Nov 2024 • 6:49 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Abdul Rahman. Foto Bernama

GUA MUSANG - Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) akan membawa Kerangka Dasar Pekerjaan dan Perundangan Dalam Ekonomi GIG Malaysia ke Parlimen pada Disember ini.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata, kerangka itu disediakan bagi pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan 2025.

"Setakat ini, draf terakhir kita hampir selesai dan diharap bacaan kali pertama pada Disember ini manakala bacaan kali kedua dapat dibuat pada Mac 2025.

"Draf awal telah siap dan membincangkan tentang langkah mewajibkan pekerja mencarum dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial atas dasar kebajikan kepada pekerja walaupun tiada majikan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Kerjaya MyFutureJobs Oghe Kelate 2024 di Ibu Pejabat Kesedar Gua Musang di sini hari ini.

Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, akta baharu berkaitan ekonomi gig akan digubal dalam usaha melindungi kebajikan pekerja di sektor berkenaan.

Pembentangan rang undang-undang berkenaan dibuat di bawah Kesuma. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved