KESUMA Sambut Baik Penyediaan Dana Latihan RM30 Juta

2 May 2024 • 9:58 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Steven Sim - gambar fail

PUTRAJAYA – Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) menyambut baik penyediaan dana berjumlah RM30 juta untuk geran latihan bagi pelaksanaan Malaysian Indians Skills Initiative (MISI) KESUMA-MITRA.

Menterinya, Steven Sim berkata, dana tersebut yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan disalurkan kepada pelbagai program peningkatan kemahiran untuk belia komuniti India.

Menurut beliau, semua program terbabit akan diterajui oleh KESUMA, menerusi HRD Corp dengan kerjasama Kementerian Kewangan dan Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA). 

“Inisiatif ini akan menekankan latihan di bidang-bidang kritikal yang memenuhi kehendak industri dan keperluan negara.

“Ini selaras dengan aspirasi 3K KESUMA yang bertujuan untuk meningkatkan Kemahiran, Keberhasilan dan Kebajikan pekerja,” katanya.

Getaran difahamkan, maklumat lanjut tentang program-program latihan di bawah MISI KESUMA- MITRA ini akan diumumkan tidak lama lagi. - Getaran, 2 Mei 2024