Ketabahan Dortmund menyerlah di Madrid

Football
11 Apr 2024 • 11:30 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Edin Terzic. Foto Agensi

GERGASI Bundesliga Jerman, Borussia Dortmund mengakhiri kunjungan perlawanan suku akhir pertama Liga Juara-Juara menentang Atletico Madrid dengan kekalahan 1-2 di Estadio Cívitas Metropolitano, Madrid.

Ketinggalan dua gol dalam tempoh 32 minit separuh masa pertama, ketabahan Dortmund menyerlah apabila mereka meraih satu gol, ihsan Sebastien Haller, memastikan aspirasi separuh akhir tetap hidup menjelang aksi timbal balik kedua pada Rabu depan.

Menggambarkan kekalahan 1-2 di Madrid, pengendali Borussia Dortmund, Edin Terzic mengakui kesilapan awal pasukannya apabila memberi penekanan kepentingan membetulkan kesilapan segera di peringkat elit itu.

“Ya, semuanya tetap terbuka. 30 minit pertama tidak cukup baik. Kebiasaannya dan selalunya pada tahap ini semua sudah berakhir jika anda terlalu melakukan banyak kesilapan.

“Tetapi sebaliknya kami tidak menerima apabila masih berjaya menunjukkan kemampuan kami beraksi pada tahap baik sepanjang perlawanan ini,” ujar Terzic.

Biarpun begitu di sebalik kekecewaan tersebut, Terzic menyerlahkan reaksi terpuji Dortmund, menunjukkan bahawa keputusan seri bukan sesuatu yang tidak adil.

Memandang ke hadapan untuk perlawanan di Stadium Signal Iduna Park, beliau menekankan kepentingan belajar daripada pengalaman Atletico Madrid untuk menyusun strategi dengan lebih berkesan.

Menyuarakan sentimen Terzic, kapten Dortmund, Emre Can mengakui cabaran dihadapi menentang Atletico boleh disifatkan perlawanan intensiti tinggi menggerunkan.

Namun begitu beliau tetap optimis apabila menegaskan keputusan di bumi Madrid itu masih terbuka luas untuk wakil Jerman berkenaan menjelmakan impak menjelang perlawanan timbal balik.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved