Ketagih Jual Gambar Dan Video Lucah, Pelajar Uni Ini Kongsi Pengajaran Agar Tidak Terjerumus Dalam DS

18 Jul 2023 • 8:04 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Kisah Tisya: Terjebak Dunia DS

Ketagih Jual Gambar Dan Video Lucah, Pelajar Uni Ini Kongsi Pengajaran Agar Tidak Terjerumus Dalam DS. Tular di Twitter, satu pengakuan telah menggemparkan netizen Malaysia.

Kisah seorang wanita muda yang terjerumus ke dalam dunia Dark Side (DS) membeberkan amaran dan pengajaran yang berharga.

image is not available
Ketagih Jual Gambar Dan Video Lucah, Pelajar Uni Ini Kongsi Pengajaran Agar Tidak Terjerumus Dalam DS

Keputusan yang mendesak sampai jual gambar lucah untuk duit

Pengakuan ini datang dari seorang wanita yang mahu dikenali sebagai Tisya. Dia berkongsi kisah hidupnya, bagaimana dia terjebak dengan dunia DS sewaktu melanjutkan pelajaran di sebuah universiti tempatan beberapa tahun yang lalu.

Dark Side (DS) dalam konteks ini merujuk kepada aspek gelap atau negatif dalam dunia maya, khususnya internet, di mana individu menjalankan aktiviti-aktiviti haram atau tidak bermoral seperti menjual konten lucah dan menawarkan khidmat seks.

Aktiviti-aktiviti ini sering kali dilakukan secara senyap-senyap atau dalam kesamaran, dan sebab itu dikenali sebagai “Dark Side”.

image is not available

Menghasilkan konten lebih ekstrem seperti menawarkan khidmat s*ks

Ketika itu, Tisya merasa terdesak untuk menggunakan wang. Disebabkan keadaan ini, dia mula terperdaya dengan ajakan rakannya yang meminta dia menjual gambar lucah.

“Banyak benda yang perlukan duit. Rakan saya kata saya ini cantik dan lawa, kenapa tidak jual gambar saya? Saya boleh dapat beratus-ratus ringgit,” kata Tisya.

Namun, lama-kelamaan Tisya mula ketagih dengan aktiviti tersebut. Dia mula menjual video tubuh badannya pula.

image is not available

Pendapatan lumayan tapi berbahaya

Kemudian, Tisya turut menawarkan khidmat seks kepada pelanggan yang melanggan akaun DS miliknya. Dia telah menerima pendapatan bulanan yang begitu lumayan sehingga mencecah RM20,000 menerusi aktiviti tersebut.

Namun, Tisya akhirnya menyesal dengan perbuatannya setelah beberapa video lucah miliknya sampai kepada pengetahuan ibu dan bapanya.

image is not available

Menyesal menghasilkan konten lucah

“Sampai satu tahap betul-betul saya menyesal dan berhenti jual video selepas kantoi dengan ibu ayah saya. Keluarga saya tak boleh terima apa yang saya buat sebab tindakan saya itu sangat jijik,” kata Tisya.

Nasihat Tisya kepada pelajar, “Janganlah terjebak dengan perkara macam ini, sebab langsung tak menguntungkan.”

image is not available

Lagi artikel menarik, anda boleh baca pautan di bawah:

View Original Article