Ketahui 3 Port Terkenal Untuk Menikmati Beef Noodle Terbaik Di Miri

27 Oct 2023 • 4:22 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Siapa kat sini suka makan mi sapi?

Ketahui 3 Port Terkenal Untuk Menikmati Beef Noodle Terbaik Di Miri. Salah satu makanan terbaik yang boleh anda nikmati terutamanya pada waktu hujan (kerana cuaca sejuk) adalah semangkuk mi sapi yang smack! Dengan sup yang panas dan beraroma, mi sapi boleh dikatakan salah satu comfort food terbaik!

Sekiranya anda berada di Miri, berikut adalah 3 kedai beef noodle yang anda boleh cuba!

Ketahui 3 Port Terkenal Untuk Menikmati Beef Noodle Terbaik Di Miri

1. Nancy Beef Noodle

Terletak di seberang Permaisuri Shopping Mall, kedai makan ini adalah kedai yang menghidangkan antara mi sapi terbaik di Miri!

image is not available
Kredit: TripAdvisor

Selain mi sapi, kedai ini juga menghidangkan makanan lain seperti laksa, mi seafood, bubur ikan, dan mi jawa. Namun, mi sapi inilah yang paling menarik perhatian di premis ini.

image is not available

image is not available

Waktu operasi adalah dari jam 7AM- 12PM setiap hari, jadi kedai makan ini sangat sesuai untuk sarapan, brunch atau makan tengah hari.

Maklumat Penting:

Lokasi: Jalan Tritona, 98000 Miri, Sarawak

Waktu Operasi: Dibuka setiap hari kecuali selasa dari jam 7 pagi hingga 12 tengah hari

2. Miri Taiwan Restaurant (NON-HALAL)

Juga terletak berhampiran dengan Permaisuri Shopping Mall, restoran ini telah beroperasi selama 10 tahun. Walaupun sudah beroperasi selama satu dekad, tidak banyak yang berubah – termasuk mi sapi mereka!

image is not available
Kredit: Facebook

Antara best seller di restoran ini adalah beef with homemade noodle. Seperti namanya, ia merupakan mi sapi yang dihidangkan dengan mi buatan sendiri. Ini dengan sendirinya menjadikan restoran ini terkenal menghidangkan mi sedap!

image is not available
Kredit: Facebook

Maklumat Penting:

Lokasi: 863, 860, Jalan Helenium, 98000 Miri, Sarawak

Waktu Operasi: Dibuka setiap hari kecuali rabu dari jam 8 pagi hingga 3:30 petang

3. Kah Hiong Ngiu Chap (Muslim Friendly)

Salah satu premis mi sapi yang terkenal di Miri, terdapat dua kedai yang beroperasi di bandar ini. Satu terletak di Lutong sementara yang satu lagi berada di kawasan Marina.

Walaupun terdapat dua cabang, kedua-duanya menghidangkan mi sapi yang sama-sama sedap!

image is not available
Kredit: Facebook

Tidak kira cawangan Lutong atau Marina, menu tetap sama jadi pilih yang mana yang paling senang dikunjungi!

Maklumat Penting:

Lokasi: Lot 1413 / 1414 Lutong Commercial 98100 Miri, Sarawak

Waktu Operasi: Dibuka setiap hari dari jam 7 pagi hingga 5 petang

Lagi di sini:

https://www.iloveborneo.my/apos-noodle-pilihan-terbaharu-mi-kolok-dan-mi-kampua-sedap-di-kuching/

https://www.iloveborneo.my/mi-buatan-tangan-yang-enak-dan-istimewa-jom-cuba-arki-sapi-di-sibu/

View Original Article