Ketahui 4 Jenis Mesin Pengisar Wajib Ada Dan Kegunaannya

Health & Fitness
27 Jul 2022 • 6:00 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available

Mesin pengisar adalah sejenis alat  dapur yang digunakan untuk mengadun, melumat atau mengisar bahan menjadi serbuk,cecair, pati dan seumpamanya. Alat perkakas ini sering digunakan individu yang ingin mencampurkan beberapa ramuan dalam proses penyediaan makanan atau minuman. 

Isi kandungan dalam bekas pengisar pula bergantung kepada keperluan individu yang menggunakannya dan lazimnya ia disebatikan menjadi cecacair atau adunan. 

Kini pelbagai manfaat dan fungsi yang telah diinovasikan terhadap mesin pengisar bagi memenuhi keperluan dan kehendak pengguna.

Teknovasi hari ini berkongsi empat jenis mesin pengisar dan kegunaanya.

image is not available
Gambar hiasan Pexels

Mesin Pengisar Dapur

Alat ini pastinya  sering digunakan ibu-ibu atau siapa-siapa sahaja  yang rata-ratanya gemar memasak di rumah. Ia digunakan untuk mengisar bahan-bahan campuran yang teksturnya sedikit keras serta liat seperti bawang, halia,lengkuas dan seumpamanya. 

Ini kerana mesin pengisar tersebut dilengkapi dengan bilah yang lebih tebal dan bersaiz besar . Ia mampu untuk menampung dan menghasilkan jumlah isipadu kisaran yang lebih banyak kerana kebiasaannya ia memilili lebih daripada satu bilah. 

Malah kekuatan pada tahap kelajuannya juga mampu berputar juga lebih tinggi dan laju sehingga bahan tersebut menjadi lumat mengikut kemahuan pengguna.  

image is not available
Gambar hiasan Pexels

Mesin Pengisar Bilah Tunggal

Bagi kategori mesin yang menggunakan bilah tunggal pula, ia amat sesuai untuk individu yang ingin membuat jus minuman dalam bentuk smoothie atau shake. Bilah jenis ini khas digunakan untuk menghancurkan isi buah yang dicampurkan sekali bersama ketulan ais.

Melihat pada kekuatan putarannya juga sedikit berbeza kerana ia memerlukan kelajuan yang sederhana untuk memecahkan ais untuk  menjadikan ia  cecair yang  halus serta pekat. 

Bukan sahaja boleh didapati dalam  saiz yang besar malah terdapat juga sesetengah produk yang mengeluarkan mesin pengisar bilah tunggal ini dengan saiz kecil yang seakan-akan bentuk botol. 

Ia direka khusus untuk pengguna  mengisar dan  meminum terus bahan kisaran tersebut  seperti di menikmati minuman  di dalam botol air sejurus selepas  proses mengisar  selesai. Alat ini ternyata memudahkan lagi pengguna untuk mengamalkan minuman jus  yang  berkhasiat.

image is not available
Gambar dari housegrail.com

Mesin Pengisar Botol

Berbeza dengan mesin pengisar yang lain, bagi pengisar botol ia khusus digunakan untuk membancuh minuman yang dicampurkan bersama serbuk makanan tambahan kesihatan seperti protein atau nutrisi. Botol ini juga dilengkapi dengan spring penggoncang jaring yang berbentuk bulat atau bujur.

Alat ini berfungsi untuk memecahkan ketulan serbuk  apabila ia dikisar supaya cecairnya sebati dan mudah untuk ditelan. Lazimnya ia digunakan oleh individu yang gemar bersenam bagi menambahkan lagi kekuatan pada badan serta otot. 

Penggunaan mesin ini perlu dihidupkan menerusi sambungan elektrik namun terdapat juga pengisar botol yang menggunakan kaedah manual dengan menggoncangkannya menggunakan tangan.  

Harganya jauh lebih murah akan tetapi ia mengambil masa sedikit untuk campuran minuman tersebut benar-benar sebati dengan sempurna.

image is not available
Gambar dari Pexels

Mesin Pengisar Tangan/Rendaman

Pasti anda juga pernah melihat atau menggunakan mesin pengisar yang lebih mudah alih dengan menggunakan tangan. 

Kebanyakan alat ini dikisar di dalam bekas yang disediakan sehingga permukaan bilahnya terendam. Bahan yang sesuai dikisar adalah seperti bawang putih, jintan manis dan seumpamanya. 

Keunikan yang ada pada pengisar ini pula, ia boleh dikisar di dalam pelbagai jenis bekas seperti periuk atau besen. 

Namun, ia bergantung juga kepada kekuatan bekas dan jenis bahan yang dikisar kerana saiz bilahnya agak kecil. Ini bagi mengelakkan bilah tersebut rosak semasa berputar. 

Menariknya alat ini mudah untuk dibersihkan kerana tidak mempunyai bahagian yang sukar dan tiada komponen yang perlu dicabut untuk mencucinya. - Getaran, 27 Julai 2022