Ketahui ‘Cop Parkir’ Sebenarnya Satu Kesalahan Dan Boleh Dipenjara, Ini Penjelasan JPJ

1 Dec 2022 • 9:01 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Fasiliti parking adalah kegunaan awam bukan milik persendirian.

Ketahui ‘Cop Parkir’ Sebenarnya Satu Kesalahan Dan Boleh Dipenjara, Ini Penjelasan JPJ. Budaya ‘cop’ tempat parkir pada hari ini bukanlah sesuatu yang baru, malah insiden seperti ini boleh dilihat di mana sahaja tanpa mengira tempat dan waktu.

Budaya cop parkir ini sering kita lihat di mana-mana premis contohnya, premis makan, bangunan kedai dan lain-lain. Walaupun sememangnya telah dikuatkuasa undang-undang berkaitan kesalahan tersebut, namun masih ramai yang berdegil dan melakukan kesalahan sama.

image is not available
Ketahui ‘Cop Parkir’ Sebenarnya Satu Kesalahan Dan Boleh Dipenjara, Ini Penjelasan JPJ. Kredit: FB SRU (Gambar sekadar contoh)

Ada yang sampai berdiri di dalam kotak parkir dan tidak mahu berganjak demi cop parking

Mungkin ada di antara mereka, seperti pemilik premis makan merasa bahawa mereka mempunyai kuasa seperti cop awal di parkir hadapan kedainya adalah tindakan yang betul. Namun tahukah anda, cop parking sebenarnya merupakan satu kesalahan di sisi undang-undang?

Contoh situasi cop parkir ini antaranya meletakkan barang atau benda di dalam kotak parkir yang kosong seperti kon, kerusi, tong gas dan macam-macam lagi. Bahkan ada yang meminta rakan untuk berdiri di dalam kotak parking sementara untuk cop.

image is not available
Gambar sekadar contoh. Kredit: FB Norman Bon

Sedikit sebanyak info yang anda patut tahu bahawa budaya cop parkir ini merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 50(3) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana kotak parkir itu adalah hak milik awam, maka mana-mana individu tiada hak untuk mendesak atau menghalang individu lain daripada menggunakan petak parkir itu.

image is not available
Sumber: Twitter @JPJ_Malaysia

Pelaku boleh dikenakan denda dan hukuman penjara sehingga satu tahun.

Hukuman bagi pesalah cop parking ditetapkan dibawah Seksyen 119 yang membawa penalti tidak lebih RM2 ribu atau penjara tidak lebih 6 bulan bagi kesalahan pertama dan denda sehingga RM4,000 atau penjara tidak lebih 12 bulan bagi kesalahan seterusnya.

Difahamkan, undang-undang ini juga boleh diguna pakai di semua kawasan sama ada di tempat awam mahupun di premis swasta termasuk pusat membeli-belah.

image is not available
Ketahui ‘Cop Parkir’ Sebenarnya Satu Kesalahan Dan Boleh Dipenjara, Ini Penjelasan JPJ

Jika mana-mana orang melainkan dengan kuasa yang sah, berada di atas mana-mana jalan atau di mana-mana tempat letak kereta bagi maksud mendesak mana-mana orang lain berkenaan dengan penjagaan atau pencucian kenderaan motor, atau bagi maksud mengarahkan mana-mana pemandu sesuatu kenderaan motor dengan meletakkan kereta di atas jalan atau di tempat itu, dia melakukan suatu kesalahan,”

memetik perkongsian JPJ di laman Twitter

Bagi anda yang ingin membuat aduan berkenaan dengan kesalahan tersebut, anda boleh emailkan kepada aduantrafik@jpj.gov.my, sertakan butir pengadu (no kad pengenalan pengadu), lokasi, tarikh dan masa, dan butiran kejadian.