Ketahui Hungry Ghost Festival, Tradisi Unik ‘Jamu’ Roh Si Mati Oleh Masyarakat Cina Yang Menyeramkan

31 Aug 2023 • 2:06 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Turut dikenali sebagai pesta hantu lapar

Ketahui Hungry Ghost Festival, Tradisi Unik ‘Jamu’ Roh Si Mati Oleh Masyarakat Cina Yang Menyeramkan. Festival Hantu Lapar, juga dikenali sebagai “Festival Zhong Yuan”, “Festival Hantu”, dan “Festival Yulanpen”, adalah salah satu perayaan yang sangat dihormati dalam kalender tradisional Cina.

Menurut kalender ini, festival ini diadakan pada malam ke-15 bulan ketujuh. Namun, di beberapa kawasan di selatan China, perayaan ini diadakan pada malam ke-14.

image is not available
Ketahui Hungry Ghost Festival, Tradisi Unik ‘Jamu’ Roh Si Mati Oleh Masyarakat Cina Yang Menyeramkan. Kredit: Google

Di Malaysia, perayaan ini mempunyai keunikan tersendiri. Masyarakat Cina akan menyediakan sesuatu seperti hidangan makanan tradisional, membakar joss sticks (batang dupa) dan kertas joss di tepi jalan.

Ritual ini bukan sahaja sebagai bentuk penghormatan kepada si mati tetapi juga untuk memastikan keselamatan keluarga mereka semasa berada di luar rumah.

image is not available

Bukan itu sahaja, perayaan ini juga mempunyai pantang larang sendiri yang harus diikuti!

Selain dari ritual, ada juga beberapa pantang larang yang perlu diikuti semasa festival ini. Beberapa pantang larang termasuk:

1. Jangan ganggu kertas sembahyang yang dibakar atau makanan yang disediakan

Elakkan menyentuh atau menendang kertas sembahyang dan makanan yang telah diletakkan. Biarlah ia berada di tempatnya, kerana ia kemungkinan adalah ‘sajian’ untuk ‘roh-roh lapar’.

image is not available

2. Jangan tegakkan penyepit makanan dalam mangkuk nasi

Elakkan menegakkan penyepit makanan dalam mangkuk berisi nasi. Menurut tradisi Cina, tindakan ini boleh disalahanggap oleh roh-roh lapar sebagai colok yang boleh dinyalakan untuk mereka.

image is not available

3. Tidak digalakkan ke tempat berair seperti sungai atau laut

AKtiviti seperti berenang atau memancing dianggap berisiko tinggi kerana roh-roh jahat mungkin berada di perairan.

4. Jangan ambil gambar makanan bagi roh

Masyarakat Cina percaya kamera dapat ‘menangkap’ roh berkeliaran, jadi elakkan mengambil gambar supaya ia tidak ‘termasuk’ dalam gambar. Ia juga boleh dianggap biadap, mengikut kepercayaan mereka.

5. Jangan keringkan pakaian anda semalaman

Masyarakat Cina percaya pakaian yang lembap mengundang roh-roh yang berkeliaran untuk mencubanya dan ‘mengikut’ anda ke dalam rumah.

Baca lagi artikel menarik: