Ketahui Keunikan Ketupat Lemak Sarawak Yang Berbeza Dengan Ketupat Di Semenanjung

22 Apr 2023 • 8:25 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Berbeza rupanya!

Ketahui Keunikan Ketupat Lemak Sarawak Yang Berbeza Dengan Ketupat Di Semenanjung. Sambutan Hari Raya Aidilfitri anda pastinya kurang lengkap tanpa adanya juadah wajib seperti ketupat. Ketupat menjadi pilihan utama bagi masyarakat Melayu semasa menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Tidak kira di mana anda berada sama ada di Sarawak atau di Semenanjung, hidangan ketupat antara juadah wajib yang akan dihidangkan pada pagi syawal.

image is not available
Ketahui Keunikan Ketupat Lemak Sarawak Yang Berbeza Dengan Ketupat Di Semenanjung. Kredit: Google

Menariknya mengenai hidangan ini, ketupat di Sarawak dan ketupat di Semenanjung mempunyai perbezaan dan keunikan masing-masing. Dari segi cara penyediaan, rasa dan bahan-bahannya kedua-duanya memiliki keistimewaannya tersendiri.

1. Bahan

Dari segi bahan, ketupat Sarawak menggunakan beras pulut. Manakala, ketupat di Semenanjung menggunakan beras biasa. Kedua-duanya direbus selama beberapa jam untuk mendapatkan hasil ketupat yang terbaik. Ketupat Semenanjung hanya direbus dalam air yang mendidih manakala ketupat di Sarawak pula dimasak bersama santan pekat.

image is not available

2. Rasa

Dari segi rasa, sudah tentu kedua-duanya mempunyai rasanya yang tersendiri. Untuk ketupat di Sarawak, rasanya lebih kepada lemak masin kerana dimasak bersama santan segar dan secubit garam.

Manakala, ketupat Semenanjung pula mempunyai rasa yang sedikit ‘bland’ kerana hanya direbus dalam air mendidih tanpa dicampur dengan bahan lain.

image is not available

3. Tempoh

Uniknya, ketupat Semenanjung lebih tahan lama berbanding ketupat di Sarawak. Ketupat Sarawak dikatakan lebih cepat ‘rosak’ disebabkan oleh penggunaan santan.

image is not available

Kebiasaanya, ketupat lemak Sarawak boleh disimpan sekitar 2 ke 3 hari sahaja pada suhu bilik. Manakala, ketupat rebus Semenanjung boleh disimpan sehingga satu minggu.

4. Cara penyimpanan

Bagi ketupat rebus, setelah ketupat tersebut siap dimasak ketupat itu hendaklah segera ditoskan. ‘Step’ ini dilakukan bagi mempercepatkan proses pengeluaran air berlebihan kerana kandungan air akan mempercepatkan proses basi berlaku.

image is not available

Bagi ketupat lemak Sarawak pula ia tidak perlu ditoskan dan hanya perlu disimpan dengan baik bagi menjaga kualiti ketupat itu.

Baca lagi artikel menarik: