Ketahui Pasal ‘Kotoran Pink’ Di Lantai Bilik Air 

Health & FitnessHome & Living
18 Jan 2026 • 4:58 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Ketahui Pasal ‘Kotoran Pink’ Di Lantai Bilik Air 

Cuba perhatikan dengan teliti penjuru lantai bilik air, celah-celah mozek atau kawasan sekitar lubang air tandas di rumah anda. Pernahkah anda ternampak kesan kotoran berwarna merah jambu (pink) atau oren kemerahan?

Ramai yang menganggapnya perkara biasa dan tidak berbahaya. Ramai juga yang menyangka ia sekadar kesan sabun mandi atau karat daripada air paip.

Namun hakikatnya, kotoran berwarna pink itu bukan sekadar sisa sabun. Ia adalah koloni bakteria hidup yang dikenali sebagai “Serratia marcescens”. Lebih membimbangkan, bakteria ini tidak wajar disentuh dengan tangan kosong.

image is not available
Kredit: Public Health Malaysia

Mengapa bakteria ini ‘suka’ tinggal di bilik air?

Menurut perkongsian Public Health Malaysia, bakteria ini sangat gemar kepada dua perkara iaitu:

1. Kelembapan – Bilik air yang sentiasa basah dan kurang pengudaraan merupakan persekitaran ideal untuk bakteria ini hidup.

2. Sumber makanan – Sisa lemak dan fosforus daripada syampu, sabun mandi serta perapi rambut menjadi ‘makanan’ utama bakteria ini.

Semakin banyak sisa sabun tertinggal di lantai atau celahan mozek, semakin subur bakteria ini membiak. Itulah sebabnya warna pink boleh menjadi semakin terang dan jelas kelihatan.

Adakah ia berbahaya?

Bagi individu yang sihat, bakteria ini mungkin tidak mendatangkan kesan serius serta-merta, selain menjadikan bilik air kelihatan kotor dan tidak bersih.

Namun, ia berisiko bagi golongan seperti individu dengan imuniti rendah, warga emas dan kanak-kanak.

“Serratia marcescens” bersifat oportunistik. Jika bakteria ini masuk ke dalam tubuh melalui luka terbuka, mata atau saluran kencing, ia boleh menyebabkan jangkitan seperti:

  • Jangkitan saluran kencing (UTI)
  • Jangkitan pada luka
  • Radang paru-paru (pneumonia)

Cara berkesan menghapuskan kotoran pink

Bakteria ini agak degil dan tidak mudah hilang dengan sabun biasa. Berikut langkah yang disarankan:

  • Gunakan pencuci yang mengandungi peluntur (bleach).
  • Sental menggunakan berus, kerana bakteria ini mempunyai lapisan biofilm yang licin dan sukar ditanggalkan.
  • Pastikan bilik air mempunyai pengudaraan yang baik dengan membuka tingkap atau pintu supaya kawasan cepat kering.

BACA: Tip Bersihkan Tandas Kuning & Kotor Dengan Hanya 5 Bahan

Sumber: Public Health Malaysia

The post Ketahui Pasal ‘Kotoran Pink’ Di Lantai Bilik Air  appeared first on Siakap Keli.