Ketahui Spesis Haiwan Terancam Di Sarawak

13 Jun 2024 • 2:53 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Sarawak juga terdapat spesis haiwan yang perlu dilindungi

Ketahui Spesis Haiwan Terlindung Di Sarawak. Pulau kita diberkati dengan pelbagai jenis flora dan fauna. Pada suatu ketika dahulu, Borneo dipenuhi dengan hutan tebal yang merupakan rumah kepada beberapa spesies haiwan sehingga aktiviti pembalakan mulai dilakukan.

Hutan kita adalah antara terkaya di dunia dengan adanya kepelbagaian bunga dan juga rumah kepada beberapa haiwan yang kini sangat terancam seperti badak sumatera, primate seperti monyet proboscis, tarsier dan orangutan serta burung kenyalang kita, burung megah yang menjadi inspirasi kepada moniker negeri kita. Untuk senarai ini, kita akan fokus kepada haiwan terancam di Sarawak.

Ketahui Spesis Haiwan Terlindung Di Sarawak

Senarai berikut adalah antara haiwan yang disenaraikan sebagai haiwan terancam:

1. Orangutan Borneo

image is not available
Kini tinggal sebanyak 2-2.5k orangutan liar di Sarawak. Kredit: Semenggoh Wildlife Centre

2. Monyet Proboscis

image is not available
Kurang daripada 7000 ekor tinggal. Kredit: Proboscis Monkey

3. Harimau Dahan (Clouded Leopard)

image is not available
2300 hanya tinggal. Kredit: Borneo Today

4. Beruang Madu (Sun Bear)

image is not available
Haiwan ini telah menjadi mangsa dalam black market dimana ia dijual sebagai haiwan peliharaan secara haram. Kredit: International Business Times

5. Kucing Merah (Borneo Bay Cat)

image is not available
Dicatat hanya 2500 spesies ini tinggal. Kredit: Wikipedia

6. Enggang Tebang Mentua (Helmeted Hornbill)

image is not available

7. Tenggiling

image is not available
Haiwan ini diiktiraf sebagai haiwan terlindung sepenuhnya pada tahun 2019. Kredit: Borneo Today

9. Empesut (ikan lumba-lumba Irrawaddy)

10. Landak

11. Kelawar

12. Musang

13. Tupai Terbang

14. Kubung

15. Burung Sambar Ekor Panjang

16. Babi Berjanggut

image is not available
Dikenali sebagai babi bodoh atau Jukut atau nama english nya Bornean Bearded Pig, babi berjanggut Borneo ini merupakan haiwan terlindung dan boleh ditemui di Pulau Borneo. Kredit foto: Ghaneshwaran Balachandran

17. Kucing Hutan

18. Rajawali

19. Burung Tiong

20. Ular Sawa

21. Ular Tedung

22. Labi-Labi

23. Ikan Siluk (Arowana)

24. Kuda Laut

25. Burung Hantu

26. Memerang

27. Tupai Muncung

28. Binturong

image is not available
Haiwan ini adalah mamalia dan tergolong dalam keluarga musang.Mempunyai ekor berotot yang sangat kuat dan digunakan untuk memaut dahan pokok.

29. Beluku

30. Jelu Merah

31. Enggang

32. Mawas

33. Belatok

34. Musang hitam pudar/ Musang Gunung

image is not available
Musang hitam pudar, antara haiwan karnivor yang paling sukar ditemui di dunia, telah dikesan di sebuah kawasan konsesi balak di Baram, Sarawak (2012). Sumber: John Matai/ HOSCAP Borneo

Kenapa Spesies-Spesies Ini Terancam?

Antara faktor-faktor major yang membawa ancaman kepada haiwan-haiwan ini adalah penebangan hutan, pemburuan dan pembalakan.

Oleh itu, orang ramai tidak dibenarkan untuk memburu, membunuh, menyimpan atau menjual haiwan-haiwan yang disenaraikan ini tanpa lesen daripada Kontroller Hidupan Liar Sarawak.

image is not available
Oleh kerana haiwan terancam ini bukan haiwan yang jinak, mereka biasanya tidak akan bertahan terlalu lama apabila disangkarkan. Kredit: 1StopBorneo Wildlife

Bagaimana Kita Boleh Membantu?

Salah satu cara kita boleh membantu adalah mengelak gunakan produk minyak sawit dan mengamalkan amalan kitar semula. Anda juga perlu membekalkan diri dengan ilmu mengenai syarikat-syarikat yang tidak mengamalkan kerja etikal untuk mengelak membeli keluaran mereka, serta berhenti membeli produk yang diperbuat dari haiwan.

Sekiranya anda mempunyai masa luang, anda boleh menjadi sukarelawan untuk mana-mana pusat pemuliharaan untuk tujuan pendidikan dan memberi kesedaran kepada orang ramai. Anda juga boleh menderma untuk konservasi untuk kumpulan pemuliharaan haiwan tempatan. Ia hanya memerlukan seorang untuk memulakan perubahan.

Baca juga artikel berkaitan di bawah:

View Original Article