Ketangkasan Dua Pengawal Peribadi Wanita Melompat Masuk Dalam Kereta Jadi Tumpuan – “Anggun Tapi Merbahaya!”

LocalPolitics
29 Oct 2025 • 9:46 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 yang berlangsung di ibu negara pada Isnin bukan sahaja menjadi tumpuan pemimpin serantau, malah turut mencuri perhatian rakyat apabila tular rakaman dua pengawal peribadi wanita Malaysia yang mempamerkan aksi tangkas dan profesional ketika mengiringi Perdana Menteri wanita pertama Jepun, Sanae Takaichi.

Menerusi perkongsian pengguna Threads bernama Nutrigrace, dua anggota keselamatan itu dilihat melompat masuk ke dalam SUV yang sedang bergerak dengan gerakan serentak dan penuh ketepatan.

Kekuatan. Ketepatan. Keanggunan. Saat yang luar biasa!

Dua pengawal peribadi wanita Malaysia dengan sempurna melompat masuk ke dalam SUV yang sedang bergerak ketika mengiringi Perdana Menteri wanita pertama Jepun di Sidang Kemuncak ASEAN ke-47

Aksi luar biasa itu menerima pujian ramai warganet yang bangga dengan kecekapan serta keberanian mereka, malah ada yang menganggap ia sebagai lambang profesionalisme dan semangat luar biasa wanita Malaysia dalam bidang keselamatan yang mencabar.

image is not available image is not available

Dalam konteks Sidang Kemuncak ASEAN yang menghimpunkan pemimpin tertinggi dunia, peranan pasukan keselamatan amat penting dalam memastikan keselamatan dan imej negara terus terpelihara.

Aksi spontan namun penuh ketangkasan ini sekali lagi membuktikan bahawa wanita Malaysia juga mampu berdiri sebaris dengan lelaki dalam bidang yang menuntut keberanian, ketahanan dan profesionalisme tinggi.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 2025-10-27 10:44:00

Jurulatih PLKN Terima Nota 'Khas' Dari Ibu Bapa Pelatih - "Kami Hantar Budak Lelaki, Kamu Pulangkan Seorang Lelaki Sejati"

View Original Article