Ketawa sakan sampai terdiam masa ‘live’, Fiza Sabjahan, Fatin Hamimah kekal profesional depan kamera

Entertainment
30 Nov 2022 • 3:46 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

KETAWA ketika mengendalikan program yang disiarkan secara langsung atau ‘live’ bukanlah luar biasa. Namun ‘gelak sakan’ pengacara Wanita Hari Ini, Fiza Sabjahan dan rakan setugas, Fatin Hamimah buat penonton turut geli hati.

Gandingan serasi Fiza dan Fatin acap kali menimbulkan kegamatan. Sementelah kedua-duanya mudah ketawa atau ‘senang terhibur.’

Menerusi laman sosial TikTok, video yang memaparkan duo itu mengendalikan segmen yang memaparkan majlis akikah yang turut dihadiri kumpulan marhaban yang kemudiannya mengalunkan selawat.

image is not available

Sebelum mengakhiri program, Fiza atau nama sebenarnya Siti Hasfizza Aswaty sempat menuturkan kepada Fatin bahawa beliau akan turut sama menyertai kumpulan tersebut pada masa akan datang.

“10, 15 tahun lagi kita sama-sama dalam kumpulan marhaban ini nanti,” kata Fiza.

Lantas berderai ketawa kedua-dua hos berkenaan tetapi masing-masing masih mampu kekal profesional di depan kamera.

Sambil mengakhiri siaran, Fiza sempat berjenaka mengatakan rakannya itu mentertawakan dirinya yang akan ikut serta dalam aktiviti kumpulan wanita berkenaan.

image is not available

Warga maya rata-rata terhibur melihat gelagat Fiza dan Fatin dan mengiakan kenyataan mereka mudah terhibur dan ‘sekepala.’

– “Gelak sampai tidak keluar bunyi ini memang senak perut.”

– “Ingat senangkah hendak normal balik setelah terjebak dengan silent laughing ini.”

– “Satu kepala susah kerja sekali sebab inilah.”

– “Gelak senyap ni bahaya…susah berhenti.”

– “Hahaha.. Itulah buat lawak lagi, kan sudah tidak boleh baca skrip.”

– “Mesti gelak sebab sendiri terbayang apabila sudah ikut serta kumpulan marhaban itu.”

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

View Original Article