Ketegangan Israel-Iran: PM Jamin Harga RON95 Tak Naik

LocalPolitics
20 Jun 2025 • 9:30 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Di sebalik ketegangan Israel-Iran, kerajaan pula memberi jaminan bahawa harga RON95 tidak akan dinaikkan walaupun berlaku kenaikan mendadak dalam pasaran minyak dunia.

Perkara itu disahkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Menurutnya, kerajaan sudah mengambil keputusan untuk tidak menaikkan harga RON95 walaupun harga minyak dunia ketika ini dilaporkan berlaku peningkatan.

Langkah itu (menaikkan harga RON95) diambil kerana tidak mahu memberi kesan kepada rakyat selain ekonomi negara.

"Minyak ini harganya naik turun. Sekarang ini keadaannya (harga global) agak rendah, tetapi bila naik, ia naik mendadak.

image is not available

"Namun, kerajaan tidak menaikkan harga minyak kerana mengambil kira kesannya kepada rakyat," katanya ketika ditemui selepas Seminar Pemantapan Organisasi dan Pertemuan Bersama Presiden Keadilan semalam.

Sebelum ini, media melaporkan harga minyak boleh melonjak sehingga AS$130 setong sekiranya Iran memutuskan untuk menutup Selat Hormuz, lapor Sputnik/RIA Novosti yang memetik akhbar Turkiye Hurriyet.