Ketegangan meningkat di Jenin, 9 pemuda Palestin maut

3 Jul 2023 • 9:16 PM MYT
UmmahToday
UmmahToday

From Ummah To Ummah News Portal

image is not available

JENIN: Tentera rejim israel telah menyerang kem pelarian di Jenin dengan serangan udara dan darat dengan mengerahkan ratusan askar pada Isnin, membunuh sekurang-kurangnya 8 umat Islam pemuda Palestin.

Haifa Abu Sirriyeh, 34, seorang ibu dengan tiga anak yang merupakan penghuni di kem pelarian Jenin memberitahu Al Jazeera, dia dan keluarganya telah dikejutkan pada pukul 1:15 pagi (22:15 GMT) akibat terdengar bunyi tembakan bertubi-tubi.

“Mereka mula melancarkan serangan roket. Ini adalah kali pertama anak-anak saya terpaksa hidup dengan suasana bunyi tembakan. Mereka menangis dan menggigil,” katanya.

Seorang lagi pemuda Palestin, Mohammad Imad Hasanein, 21, menjadi mangsa pembunuhan ke-9 selepas mati ditembak oleh tentera israel di pintu masuk utara ke bandar Ramallah.

image is not available
Kredit foto Times of Gaza

Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin dengan segera menyeru agar diberi laluan selamat untuk memindahkan mangsa kekejaman israel yang cedera dan jenazah korban.

image is not available
Kredit foto WAFA

Cuba berdolak dalih, Menteri Luar israel, Eli Cohen memberi isyarat israel tidak bercadang untuk meluaskan operasinya di Jenin ke seluruh Tebing Barat yang dicerobohi mereka.

image is not available
Kredit foto PalYouth

Kementerian kesihatan Palestin mengeluarkan senarai nama dan umur 9 pemuda muslim yang dibunuh oleh tentera Israel di kem pelarian Jenin.

image is not available
Foto mangsa korban pembantaian rejim zionis pada Isnin di Jenin. Kredit foto Quds News Network

Nour el-Din Husam Marshoud, 16 tahun
Majdi Ararawi, 17 tahun
Ali Hani al-Ghoul, 17 tahun
Husam Mohammad Abu Theeba, 18 tahun
Aws Hani Hanoun, 19 tahun
Sameeh Firas Abu al-Wafa, 20 tahun
Ahmad Mohammad Amer, 21 tahun
Mohammad Muhannad al-Shami, 23 tahun
Mohammad Imad Hasanein, 21 tahun

image is not available
Kredit foto Palestine Online

Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) telah mengutuk operasi serangan israel ke atas Jenin dengan mengelarkannya sebagai ‘jenayah keji’.

“Jenayah kejam ini merupakan lanjutan daripada jenayah dan keganasan negara terancang yang diamalkan oleh pendudukan israel terhadap rakyat Palestin,” tegas OIC dalam satu kenyataan.

image is not available

Rakyat Palestin dizalimi setiap hari, tanah mereka dirampas oleh peneroka haram israel.

Kini mereka dijajah dan dipaksa merempat dibumi sendiri.

Sumbangan anda untuk rakyat Gaza & Palestin sangat diperlukan dalam usaha meringankan penderitaan mereka.

ATAU menerusi
Akaun Maybank Dana MAPIM:
5622 6354 0066

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia