Ketengah konsep retro seperti di AS, cawangan ke-100 A&W buat ramai terpikat

Food
27 Jul 2023 • 2:05 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

Ketengah konsep retro seperti di AS, cawangan ke-100 A&W buat ramai terpikat

SEBUT sahaja A&W, pasti kita terbayangkan minuman Root Beer yang terkenal sejak dari dahulu lagi.

Minuman itu akan lebih kaw jika ditambah dengan aiskrim vanila. Minum sejuk-sejuk memang layan!

Pada Selasa lalu, pengendali rangkaian makanan segera itu melancarkan pembukaan besar-besaran cawangan restorannya yang ke-100 di 16 Sierra, Puchong Selatan, Selangor.

Ia juga bersempena dengan ulang tahun ke-60 A&W di Malaysia.

image is not available

Ketua Pegawai Eksekutif A&W Malaysia, George Ang berkata, A&W telah menjadi pilihan rakyat Malaysia daripada segenap generasi sejak ia pertama kali dibuka pada tahun 1963.

“Seiring perubahan zaman, kami juga telah berkembang bagi menarik minat pengunjung generasi baharu di samping mengekalkan kewujudan ikonik kami.

“Tanpa mengetepikan kejayaan pada masa lalu, A&W berharap untuk berkembang bersama Malaysia pada masa akan datang,” ujarnya.

 

KONSEP RETRO

Menariknya, lokasi baharu itu mengetengahkan konsep baharu apabila menawarkan suasana restoran seperti di Amerika Syarikat.

Wah, memang menarik. Sambil makan burger dan minum float, dekorasi yang ditawarkan akan membuatkan kita tak mahu berganjak.

image is not available image is not available

Kalau anda berselfie atau weffie di sana, jangan lupa tag A&W dan SinarPlus ya.

Berbalik kepada George, restoran tersebut itu katanya, menawarkan kiosk tempahan sendiri yang pertama seumpamanya untuk rangkaian restoran A&W di Malaysia.

image is not available

Ia memudahkan pengunjung untuk memilih hidangan kesukaan mereka dengan hanya beberapa ketikan pada papan skrin.

Dalam pada itu, outlet itu turut menampilkan bar pencuci mulut yang menyajikan hidangan lazat termasuk wafel dan aiskrim yang sangat digemari.

image is not available

“Pengunjung berpeluang menikmati menu-menu klasik seperti coney, wafel dan minuman ikonik A&W Root Beer floats yang tidak pernah dilupakan.

“Bagi memenuhi selera golongan muda, A&W’s juga menampilkan hidangan baharu seperti Mozza Burger dan A&W’s Golden Aroma Chicken,”katanya.

image is not available

Kepada yang perasan, A&W Malaysia telah membuka outlet pertama di Terminal 2, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 11 Julai lalu.

Jenama tersebut juga dijangka membuka outlet pertamanya di Kangar, Perlis pada pertengahan Ogos nanti.

“Bagi mencapai matlamatnya untuk membuka 150 cawangan restoran menjelang 2025, A&W merancang untuk membuka lebih banyak cawangan di taman-taman tema dan kawasan rehat di sepanjang lebuh raya utama,” katanya.

Hujung minggu ini tak tahu ke mana-mana, jom pergi outlet retro A&W ni.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

View Original Article