Keterlaluan! Tular Video Pelajar Hempas Kerusi, Rosakkan Harta Sekolah

18 Feb 2023 • 1:00 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
rosakkan harta sekolah

Memang cari pasal! Itulah yang dapat dikatakan apabila melihat tindakan keterlaluan sekumpulan pelajar merosakkan harta sekolah atau vandalisme.

Kejadian itu dipercayai berlaku di hari terakhir persekolahan pada Jumaat lalu. Dalam video tular, mereka bertindak menghempas kerusi plastik hingga pecah, mematahkan bilah kipas dan menendang pintu bilik air sehingga tercabut.

Video rosakkan harta sekolah tular

Lebih menyakitkan hati apabila perakam dilihat bergelak ketawa dan tak rasa bersalah dengan tindakan mereka itu.

image is not available

Berdasarkan hantaran tular, kejadian ini disyaki berlaku di SMK Tasek, Jalan Puteri Gunung Simpang Ampat, Pulau Pinang. Setakat ini perkongsian telah mendapat lebih 6,000 perkongsian.

image is not available

Rata-rata menggesa tindakan diambil memandangkan ada rakaman video sebagai bukti. Netizen mengecam tindakan vandalisme yang langsung tak berfaedah.

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

View Original Article