Ketidakpastian peraturan ancam pelaburan

LocalBusiness & Finance
4 May 2025 • 8:20 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Ketidaktentuan peraturan dalam industri minyak dan gas di Sarawak dijangka menjejaskan minat pelabur. Gambar hiasan (Gambar kecil: Muhamad Rias)

SHAH ALAM - Ketidaktentuan peraturan dalam industri minyak dan gas di Sarawak dijangka menjejaskan minat pelabur, terutama selepas syarikat tenaga Amerika Syarikat, ConocoPhillips, menarik diri daripada projek laut dalam Salam-Patawali di luar pesisir Sarawak bernilai RM13.7 bilion.

Pensyarah Ekonomi Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Pembangunan Sosial Universiti Malaysia Terengganu, Dr Muhamad Rias K V Zainuddin berpandangan, isu utama timbul daripada pertikaian antara kerajaan negeri Sarawak dan Petronas berhubung hak kawal selia, pelesenan, dan perkongsian hasil.

“Walaupun Sarawak melalui Petros ingin mengukuhkan autonomi, ketidakpastian mengenai siapa yang mempunyai kuasa utama, sama ada kerajaan Persekutuan melalui Petronas atau kerajaan negeri, mencetuskan kekeliruan dalam aspek undang-undang, cukai, dan perjanjian pengeluaran.

“Antara kesan negatif terhadap pelaburan adalah penangguhan atau pembatalan projek kerana pelabur memerlukan kejelasan peraturan untuk menjamin pulangan pelaburan yang stabil,” katanya kepada Sinar Ahad.

Dalam pada itu, Muhamad Rias tidak menolak berkemungkinan wujud peningkatan kos transaksi akibat keperluan merunding semula lesen, royalti, atau perjanjian komersial dengan pelbagai pihak.

“Perkara ini akan menyebabkan penurunan daya saing Sarawak berbanding rantau lain seperti Indonesia dan Vietnam yang menawarkan persekitaran peraturan lebih stabil.

“Namun begitu, jika Sarawak dan Petronas berjaya memformalkan kerangka kerjasama jangka panjang melalui dasar yang konsisten dan telus, ia boleh memulihkan keyakinan pelabur.

“Kepastian perundangan bukan sahaja menarik pelaburan baharu, malah membantu memaksimumkan hasil negeri secara mampan,” katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved