“Ketika Segalanya Mustahil, Allah Yang Memberi Saya Kekuatan” – Khaby Lame Syukuri Kejayaan Dengan Tunai Umrah

LocalEntertainment
22 Dec 2024 • 3:50 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Siapa yang menggunakan aplikasi TikTok pasti mengenali Khaby Lame, seorang pempengaruh terkenal yang sering mencipta video menarik dengan mimik wajah yang lucu dan ‘gesture’ tangan yang ikonik.

Baru-baru ini, Khaby Lame telah menarik perhatian ramai apabila berkongsi foto dirinya lengkap berpakaian ihram ketika menunaikan ibadah umrah di Makkah.

Syukur kepada Allah SWT

image is not available
Kredit foto: Instagram Khabane Lame

Menerusi hantaran di Instagram Khaby Lame, beliau meluahkan rasa syukur atas segala nikmat dan kejayaan yang diterimanya. Khaby juga berkata bahawa dia telah melalui pelbagai cabaran dalam hidup namun beliau percaya bahawa Allah S.W.T yang telah memberikan kekuatan kepadanya untuk terus bergerak maju.

Ketika segalanya kelihatan mustahil, keimanan saya membuatkan saya tetap bertahan. Terima kasih Allah, kerana menjadi satu-satunya harapan saya.-Katanya

Hantaran penuh inspirasi itu telah mendapat perhatian jutaan peminatnya di seluruh dunia, yang turut mendoakan kebaikan dan kejayaan berterusan buat pempengaruh terkenal itu.

Pekerja kilang yang mempunyai 100 juta ‘followers’

Kredit foto: Daily Mail

Khaby atau nama sebenarnya Khabane Lame, berasal dari Senegal namun dibesarkan di Turin, Itali. Khaby mula menjadi terkenal sekitar tahun 2020, ketika pandemik COVID-19 melanda dunia.

Pada masa itu, beliau sebenarnya telah kehilangan pekerjaannya sebagai pekerja kilang. Kemudian, Khaby mula mencipta ‘content’ di TikTok. Videonya yang berkonsepkan humor tanpa dialog itu telah cepat menarik perhatian ramai.

Kini, Khaby merupakan salah satu pempengaruh Tiktok paling ramai pengikut dengan jumlah lebih 162 juta.

@khaby.lame

I thought I had seen everything, but this shocked me. #learnfromkhaby #comedy

♬ original sound – Khabane lame

#OhmediaNasihat

Khaby adalah pemuda yang kita semua boleh jadikan contoh, ketika semua harapan semakin hilang dan pudar.

Jangan sesekali berputus asa, teruskan berusaha dengan gigih sambil berdoa dan memohon pertolongan daripada Allah SWT yang maha berkuasa untuk membantu kita mengatasi segala cabaran.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook
Rujukan kami: Instagram Khaby Lame