Ketirisan : Data Didakwa Hampir 500 Juta Pengguna WhatsApp Dijual – 11 Juta Daripadanya Dikatakan Pengguna Malaysia

TechnologyDigital
27 Nov 2022 • 2:44 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Melalui salah satu forum terkemuka dikalangan pengodam, kini ia dilihat sekitar 500 juta rekod data WhatsApp dijual. Ia dikatakan sebagai pangkalan data terkini, dan melibatkan data pengguna daripada lebih 80 buah negara, termasuk Malaysia.

Mengikut angka yang dikongsikan, hampir 11.6 juta data pengguna yang turut dijual dikatakan adalah dari Malaysia.

Ia tidak diketahui bagaimana data ini didapati atau dihimpunkan. Namun, pengodam tersebut melalui forum berkaitan menyatakan data yang dijual tersebut adalah melibatkan pengguna aktif WhatsApp. Sebelum ini, terdapat beberapa kali data bersaiz besar dijual, dimana dihimpunkan oleh pengodam dengan kaedah scrapping – dimana ia dihimpunkan melalui sejumlah sumber tanpa mengodam sistem.

Buat masa ini, pihak Meta belum mengeluarkan sebarang komen berkaitan ketirisan ini.

Bagi orang ramai, anda diminta berhati-hati dengan sebarang mesej yang diterima melalui WhatsApp, kerana terdapat kemungkinan data sebegini digunakan dalam menghantar spam atau pautan berbentuk hasad.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved