Ketua bahagian Bersatu Kelantan akui tandatangan SD desak Muhyiddin berundur?

LocalPolitics
10 Sep 2025 • 10:36 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Sekurang-kurangnya enam daripada 14 ketua bahagian BERSATU di Kelantan mengakui menandatangani akuan bersumpah (SD) mendesak Tan Sri Muhyiddin Yassin berundur sebagai presiden dan memberi laluan kepada Datuk Seri Hamzah Zainuddin untuk mengambil alih kepimpinan parti.

image is not available

Ketua bahagian Bersatu Kelantan nyatakan 6 tandatangan SD

Memetik laporan daripada Harian Metro, seorang ketua bahagian yang enggan dikenali menyatakan enam ketua bahagian itu antara 120 pemimpin yang hadir dalam pertemuan di ibu negara awal bulan ini. Katanya, walaupun ada pihak cuba menafikan kewujudan SD tersebut, hakikatnya dokumen itu memang ditandatangani.

“Mereka (ketua bahagian) yang hadir pada pertemuan berkenaan adalah 120 orang dan semua mereka tandatangan SD berkenaan.

“Bagi ketua bahagian yang tidak hadir atas urusan tertentu, SD berkenaan dihantar untuk ditandatangani sekiranya menyokong perkara berkenaan,” katanya.

Ketua bahagian Bersatu Kelantan mahu Hamzah jadi presiden

Beliau menambah, langkah itu dibuat berasaskan pelan penggantian kepimpinan yang sebelum ini diumumkan Muhyiddin sendiri, apabila menamakan Hamzah sebagai calon Timbalan Presiden dan pengganti presiden parti.

image is not available

Tapi Kedah nafi ada SD

Walau bagaimanapun di Kedah, Ketua Penerangan BERSATU negeri, Khairul Anuar Ramli menafikan kewujudan 120 SD seperti yang didakwa, sebaliknya menyifatkan isu itu hanya digembar-gemburkan oleh pihak berkepentingan.

“Ada 120 SD itu tak benar, cuma digembar-gembur beberapa pihak yang ada agenda tersendiri. Kita boleh tengok kebenarannya apabila usul PAT meluluskan sebulat suara Muhyiddin sebagai calon Perdana Menteri ke-11,” katanya.

image is not available

Menurutnya, jika benar SD itu wujud, sudah tentu usul di Perhimpunan Agung Tahunan parti tidak akan diluluskan sebulat suara oleh semua perwakilan yang sah.