Ketua Jabatan letak jawatan, rawatan kardiotorasik HSA tidak terjejas

LocalHealth & Fitness
21 Nov 2026 • 10:12 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Ketua Jabatan letak jawatan, rawatan kardiotorasik HSA tidak terjejas

JOHOR BAHRU – Perkhidmatan kardiotorasik Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini tidak terjejas dan berjalan seperti biasa, susulan peletakan jawatan Ketua Jabatannya, Isnin lepas.

Pengarah HSA Dr. Mohamad Nizam Subahir berkata, perkhidmatan itu terus dilaksanakan oleh pasukan sedia ada mengikut keperluan klinikal yang ditetapkan.

“Pihak hospital menghormati keputusan beliau dan merakamkan penghargaan atas sumbangan serta komitmen yang telah diberikan. Bagaimanapun, peletakan jawatan tersebut tidak menjejaskan kesinambungan perkhidmatan kardiotorasik kepada pesakit,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dr. Mohamad Nizam berkata, pihak pengurusan hospital turut mengambil maklum mengenai dakwaan berkaitan isu melibatkan pengoperasian dan keperluan tenaga manusia bagi perkhidmatan itu di fasiliti berkenaan.

Beliau berkata, pihaknya sedia maklum mengenai perkara tersebut dan sentiasa memberi perhatian terhadap keperluan sumber manusia bagi memastikan kelangsungan serta keberkesanan perkhidmatan.

“(Pada masa sama), usaha penambahbaikan dan pengukuhan sedang dilaksanakan secara berperingkat melalui perbincangan serta penyelarasan bersama pihak-pihak berkaitan.

“Sebarang keputusan berkaitan pengoperasian, penyusunan tenaga manusia dan perkhidmatan kardiotorasik dibuat berdasarkan perbincangan serta pertimbangan secara kolektif,” katanya.

Semalam, sebuah portal melaporkan seorang doktor meletakkan jawatan sebagai Ketua Perkhidmatan Kardiotorasik Johor dan kepakaran kardiotorasik Zon Selatan, selain Ketua Jabatan Bedah Kardiotorasik di hospital itu.

Peletakan jawatan itu dibuat dalam dua surat berasingan kepada Pengarah Kesihatan Johor Dr Mohtar Pungut dan Pengarah HSA, Isnin lepas berkuat kuasa serta-merta.

Bagaimanapun, doktor berkenaan masih kekal berkhidmat sebagai Pakar Perunding Bedah Kardiotorasik.- Bernama

The post Ketua Jabatan letak jawatan, rawatan kardiotorasik HSA tidak terjejas appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved