Ketua Jabatan tidak bantu pelabur diberi amaran: Hajiji

29 Jun 2023 • 3:34 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

TINDAKAN tegas akan diambil terhadap mana-mana ketua jabatan yang didapati menghalang usaha Kerajaan Negeri untuk membawa pelabur ke negeri ini, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

Beliau berkata terdapat keadaan di mana ketua jabatan didapati secara sepihak mengenakan peraturan mereka sendiri ke atas pelabur yang berminat untuk melabur di Sabah.

“Dengan berbuat demikian, mereka telah menghantar isyarat salah kepada pelabur ini yang kemudiannya menjauhkan diri daripada mengejar kepentingan pelaburan di negeri ini.

“Saya memerhati dan jika ini berlaku, saya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas,” katanya pada majlis angkat sumpah dan penyampaian watikah pelantikan kepada 19 Ahli Majlis Daerah Tuaran bagi penggal 2023/2025 di Shangri-La’s Rasa Ria, Tuaran, pada 16 Jun.

SPONSORED CONTENT Shell’s Access to Energy helps power lives of isolated communities in Sabah Kota Kinabalu: In 2017, Sabah Shell Petroleum Co Ltd (SSPC) launched Access to Energy (A2E), a Shell Social Investment programme aimed at providing affordable and continuous supply of electricity from renewable sources for communities who live without connection to the electricity grid. Read more Hajiji berkata, peranan ketua jabatan adalah untuk memudahkan pelaburan.

“Jika semuanya teratur, tidak perlu menyusahkan pelabur,” katanya sambil menambah Kerajaan Negeri hari ini mesra pelabur.

“Kita mahu mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan kepada rakyat, sebab itu kita membawa masuk lebih ramai pelabur ke Sabah,” katanya.

Dalam tempoh dua tahun, katanya, jumlah pelaburan yang dibawa masuk ke Sabah berjumlah lebih RM30 bilion.

Hajiji berkata yang terbaru ialah Esteel Group yang berpangkalan di Singapura membawa masuk jumlah pelaburan AS$2 bilion di Taman Perindustrian Minyak dan Gas Sipitang (Sogip).

Beliau berkata inisiatif ini bukan sahaja akan mewujudkan peluang pekerjaan kepada rakyat tetapi juga akan mewujudkan ekonomi sampingan yang besar.

Pelaburan Esteel akan menghasilkan besi briket panas (HBI) dan keluli leper di Sogip di barat daya Sabah untuk fasa pertama, diikuti dengan pelaburan berbilion dolar untuk menghasilkan produk keluli hijau dalam fasa berikutnya.

Dalam perkembangan lain, Ketua Menteri menggesa semua ahli majlis daerah memainkan peranan mereka dan melaksanakan tanggungjawab mereka pada tahap yang terbaik.

“Peranan ahli majlis sebagai sebahagian daripada kerajaan tempatan adalah penting, khususnya dalam memastikan pembangunan di kawasan masing-masing dilakukan sewajarnya dan sistematik.

“Jangan leka. Pantau pembangunan di kawasan anda dengan baik untuk mengelak ia menjadi pembangunan ‘rojak’ (sembarangan),” kata Hajiji.

Bagi ahli Majlis Tuaran, katanya, mereka perlu memanfaatkan jarak daerah yang berhampiran dengan Ibu Kota Negeri, kira-kira 40km, dengan memastikan limpahan pembangunan dapat dirasai oleh penduduk di daerah itu.

Beliau menggesa semua ahli majlis dan pengurusan PBT supaya peka dan proaktif dalam melaksanakan dasar kerajaan selain boleh “berfikir di luar kotak”.

“Pastikan pelanggan berpuas hati dengan perkhidmatan dalam urusan mereka dengan Kerajaan,” katanya.

Turut hadir Timbalan Ketua Menteri II Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam, yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri, serta Menteri Pembangunan Luar Bandar Negeri Datuk Jahid Jahim, antara lain.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.