Ketua jabatan tidak membantu diberi amaran

17 Jun 2023 • 11:53 AM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Tuaran: Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana ketua jabatan yang didapati menghalang usaha kerajaan membawa masuk pelabur ke negeri ini, kata Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor.

Beliau berkata terdapat keadaan ketua jabatan didapati mengenakan peraturan mereka sendiri ke atas pelabur yang berminat melabur di negeri ini, dan dengan berbuat demikian mereka telah menghantar isyarat salah kepada pelabur berkenaan, yang kemudiannya menarik balik keinginan untuk melabur di negeri ini. “Saya perhati keadaan ini dan jika berlaku, saya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas,” katanya ketika berucap pada majlis angkat sumpah dan penyampaian watikah pelantikan kepada 19 Ahli Majlis Daerah Tuaran bagi penggal 2023/2025 di sini pada Jumaat.

Menurutnya peranan ketua jabatan adalah untuk memudahkan pelaburan dan jika semuanya sudah berjalan lancar, tidak perlulah menyukarkan mereka kerana kerajaan negeri hari ini adalah mesra pelabur.

SPONSORED CONTENT Shell’s Access to Energy helps power lives of isolated communities in Sabah Kota Kinabalu: In 2017, Sabah Shell Petroleum Co Ltd (SSPC) launched Access to Energy (A2E), a Shell Social Investment programme aimed at providing affordable and continuous supply of electricity from renewable sources for communities who live without connection to the electricity grid. Read more “Kita mahu mewujudkan lebih banyak pekerjaan kepada rakyat, sebab itu kita bawa masuk banyak pelabur ke Sabah. Sejak dua tahun lepas, pelaburan yang diterima Sabah berjumlah lebih RM30 bilion,” katanya.

Sementara itu, ketika ditemui pemberita Hajiji berkata setiap ahli majlis daerah perlu memainkan peranan bagi memastikan pembangunan di setiap kawasan pihak berkuasa tempatan (PBT) dalam keadaan sistemik dan memberi impak kepada rakyat.

Beliau berkata tugas dan tanggungjawab mereka besar bagi memastikan penyusunan, pembangunan serta pemberian perkhidmatan PBT kepada rakyat di kawasan berkenaan tersusun.

Hajiji turut mengingatkan kepada pegawai kerajaan agar memudahkan urusan yang berkaitan dengan pembangunan, perniagaan dan perkara yang memerlukan kelulusan daripada pihak kerajaan.

“Kalau mereka melepasi semua syarat yang diperlukan, permudahkan supaya mereka boleh menjalankan perniagaan dengan baik dan ini akan membuka peluang (pekerjaan) kepada rakyat,” katanya.

Sementara itu, tindakan tegas akan diambil terhadap peniaga yang memberikan lesen perniagaan mereka untuk digunakan oleh pihak lain, terutama warga asing di Sabah.

Hajiji berkata berkata tindakan tegas juga akan diambil terhadap pegawai yang terlibat dalam pemberian lesen perniagaan kepada pihak tidak sepatutnya, kerana pihak berkuasa tempatan (PBT) mempunyai peraturan yang telah ditetapkan dalam mengeluarkan lesen tersebut.

“PBT ada peraturan, kalau peraturan itu menyatakan demikian kena ikut, kalau mahu berniaga mesti ikut peraturan dan jumpa PBT,” katanya kepada pemberita selepas majlis angkat sumpah dan penyampaian watikah pelantikan itu.

Khamis lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), akan menarik balik lesen perniagaan penjaja yang memberikan lesen berkenaan kepada pihak lain, termasuk warga asing.

Perdana Menteri berkata pihaknya bersama DBKL sedang merangka kaedah bagi memastikan peraturan tersebut dipatuhi, dalam memastikan ia memberi manfaat kepada peniaga tempatan.

Sementara itu di TAWAU, Presiden Majlis Perbandaran Tawau (MPT) Joseph Pang ketika dihubungi Bernama, berkata pihaknya sentiasa memantau serta menjalankan operasi bersepadu bersama jabatan lain termasuk Jabatan Imigresen ke tapak-tapak penjaja serta premis perniagaan.

Beliau berkata operasi bersepadu itu penting, bagi mengelak berlakunya salah guna lesen perniagaan dan jika terdapat penjaja yang ‘menjual’ lesen kepada warga asing, tindakan segera diambil dengan membatalkan lesen perniagaan pemilik asal berkenaan.

“Jumlah penjaja berdaftar mengikut sistem pelesenan MPT ialah sebanyak 2,613 dan setakat hari ini pihak MPT belum menerima sebarang aduan berhubung kait isu ‘jual’ lesen kepada warga asing,” katanya.

Selain itu Joseph berkata MPT turut bekerjasama rapat dengan Persatuan Penjaja Daerah Tawau, yang bertujuan bagi mendapatkan laporan segera termasuk berhubung jika berlaku ‘penjualan’ lesen kepada warga asing.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.