Ketua Jurulatih 'The Blues' dipecat selepas dibelasah 5-1

Football
4 Feb 2025 • 10:19 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Williamson

BEKAS bintang Liga Perdana Inggeris (EPL), Mike Williamson dipecat sebagai pengendali Carlisle United selepas mengharungi 25 perlawanan Liga Dua.

Williamson, 41, yang pernah beraksi untuk Newcastle United dari 2010 hingga 2015, gagal memberikan impak diharapkan sejak mengambil alih 'The Blues' pada September lalu.

Biarpun diberi peluang merekrut 12 pemain baharu pada jendela perpindahan pada Januari termasuk bekas rakan sepasukannya di Newcastle, Paul Dummett, Williamson tetap gagal mengubah nasib pasukan.

Pemecatan Williamson diumumkan kelab dengan mengeluarkan kenyataan ringkas yang berterima kasih atas usaha serta komitmen di Brunton Park yang mampu menampung 17,949 penonton.

"Kelab Bola Sepak Carlisle United mengesahkan ketua jurulatih Mike Williamson dilepaskan daripada tugasnya berkuat kuasa serta-merta.

"Semua individu di kelab berterima kasih kepada Mike atas usahanya sepanjang bersama The Cumbrians. Kelab akan memaklumkan perkembangan terkini dalam beberapa hari lagi," kata kelab.

Pemecatan Williamson hadir selepas kekalahan 1-5 di Brunton Park kepada Swindon Town yang menyebabkan Carlisle berada di tangga tercorot Liga Dua, lima mata daripada zon selamat.

Lebih malang, penyokong Carlisle melaungkan 'keluar, keluar, keluar' ketika Williamson menuju ke terowong selepas perlawanan, yang akhirnya direalisasikan pengurusan kelab.

Williamson sebelum ini meninggalkan peranannya di MK Dons pada September untuk mengambil alih tanggungjawab daripada Paul Simpson di Carlisle.

Dalam 25 perlawanannya, Williamson memulakan kerjaya pengurusannya dengan Gateshead sebagai pengurus-pemain pada 2019, hanya mencatatkan lima kemenangan, enam seri dan 14 kekalahan termasuk lima kekalahan daripada enam perlawanan pada 2025.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved