Ketua Kaum Dilihat Buat Kerja Pembersihan Sendirian Di Kpg Asajaya Ulu Raih Pujian Dari Netizen

9 Jan 2023 • 10:04 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

“KK yang bertanggungjawab,” – netizen

Ketua Kaum Dilihat Buat Kerja Pembersihan Sendirian Di Kpg Asajaya Ulu Raih Pujian Dari Netizen. Baru-baru ini, seorang ketua kampung telah menerima perhatian netizen apabila dilihat melakukan pembersihan sendirian di Kampung Asajaya Ulu, Samarahan.

Difahamkan, ketua kampung terbabit bertindak untuk membersih kawasan tersebut apabila menerima aduan mengenai kawasan itu dari penduduk kampung berkenaan.

image is not available
Ketua Kaum Dilihat Buat Kerja Pembersihan Sendirian Di Kpg Asajaya Ulu Raih Pujian Dari Netizen

Membuat pembersihan sendirian selepas menerima aduan daripada penduduk kampung

Dalam catatan yang dikongsikan oleh pengguna Facebook Nur’Ain Tammy baru-baru ini, dia berkongsi beberapa gambar menunjukkan seorang lelaki sedang memotong rumput di tepi jalan.

Menurutnya, lelaki yang dikenali sebagai Tuan Hj Razali itu merupakan ketua kampung (KK) dan dilihat sedang memotong rumput di simpang masuk kampung itu.

Difahamkan daripada komen di ruangan komen, Tuan Hj Razali bertindak melakukan pembersihan selepas menerima aduan daripada penduduk kampung bahawa rumput yang ditumbuhi menyebabkan jarak penglihatan yang rendah.

Perkongsian terbabit kemudiannya dikongsi di Bilik Berita CATS, di mana netizen memuji sikap tidak mementingkan diri lelaki itu untuk melaksanakan tanggungjawabnya.

Antaranya seperti:

Namun, sebilangan netizen menyatakan bahawa perkara sebegini harus dilakukan oleh penduduk kampung secara keseluruhan (gotong-royong) dan bukannya kerja seorang.

Apa-apa pun, rata-rata netizen memuji tindakan KK berkenaan yang masih melaksanakan tanggungjawabnya dan sikap tidak mementingkan dirinya. Semoga beliau diberikan kesihatan berpanjangan.

Lagi di sini: