
Kota Kinabalu: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor teruja menerima replika kad pengenalan (KP) lamanya daripada Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Sabah baharu, Ervinah Kebahi @ Syarafina Ibrahim.
Beliau berkongsi detik ceria itu bersama Hajiji selepas menyerahkan replika KP lamanya ketika kunjungan hormatnya ke Pejabat Ketua Menteri di Menara Kinabalu, di sini, Isnin lepas.
Ervinah mula berkhidmat sebagai Pengarah JPN Sabah yang baharu pada Januari 2023 menggantikan Khairul Aminus Kamaruddin. Beliau sebelum ini bertugas di sekretariat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Cawangan Sabah.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
