Ketua PBB kecam perluasan konflik di Timur Tengah, gesa gencatan senjata

2 Oct 2024 • 8:53 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

NEW YORK, 2 OKT: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres pada Selasa mengecam perluasan konflik di Timur Tengah, lapor Xinhua.

“Saya mengecam perluasan konflik di Timur Tengah dengan peningkatan demi peningkatan,” kata ketua PBB itu dalam kenyataan ringkas.

Guterres menegaskan konflik itu mesti dihentikan dan gencatan senjata amat diperlukan.

Tentera Israel lewat Isnin mengumumkan bahawa mereka telah melancarkan “kempen darat yang tertumpu dan terhad” terhadap Hizbullah di selatan Lubnan.

image is not available
Serangan udara Israel di pinggir Beirut, Lubnan pada 30 Julai 2024 memusnahkan sebahagian bangunan dan kenderaan. komando kanan Hizbullah Fuad dan jasadnya ditemui bawah runtuhan. Foto AGENSI

Kementerian Kesihatan Lubnan memaklumkan pada Isnin malam bahawa 95 orang terkorban dan 172 yang lain cedera dalam serangan udara Israel di beberapa kawasan di Lubnan dalam tempoh 24 jam lepas.

Di ibu negara Syria, Damsyik, letupan kedengaran di seluruh bandar ketika berita tentang tentera Israel memulakan pencerobohan darat di selatan Lubnan mula tersebar.

— BERNAMA-XINHUA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved