Ketua Pegawai Kewangan Sarawak Cable letak jawatan

LocalBusiness & Finance
16 Jul 2024 • 3:27 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Ketua Pegawai Kewangan Sarawak Cable letak jawatan

herman

16/07/2024 - 15:27

KUALA LUMPUR 16 Julai - Sarawak Cable Bhd mengumumkan peletakan jawatan Ketua Pegawai Kewangannya (CFO), Teoh Wen Jinq.

Dalam pemakluman kepada Bursa Malaysia hari ini, syarikat tersebut menyatakan Wen Jinq meletakkan jawatan atas sebab-sebab peribadi, tanpa memberikan penjelasan lanjut.

Beliau merupakan ahli Institut Akauntan Malaysia (MIA) dan ahli Fellow The Chartered Association of Certified Accountants (FCCA).

Wen Jinq juga mempunyai pengalaman lebih daripada 15 tahun bekerja di firma audit dan syarikat-syarikat komersial sebagai akauntan, setiausaha syarikat, dan pengurus kewangan kumpulan.

Sarawak Cable baru-baru ini menjadi perhatian susulan isu penyelamat syarikat itu oleh sebuah firma United Kingdom (UK).

Isu itu kemudian berlarutan sehingga menjadi kes mahkamah apabila Serendib Capital memfailkan saman susulan penamatan perjanian penyelamat.

Pada Disember 2023, Bursa Malaysia dimaklumkan yang Serendib Capital Limited muncul selaku penyelamat Sarawak Cable Berhad selepas syarikat itu mengemukakan minat bagi melaksanakan pelan pemulihan bagi mengeluarkan kumpulan itu daripada status Nota Amalan 17 (PN17).

Pada rehat tengah hari hari Selasa, saham Sarawak Cable meningkat sebanyak 4.76% atau 0.5 sen kepada 11 sen dengan jumlah 507,200 saham diniagakan. - DagangNews.com