Ketua pembangkang Korea Selatan seru hentikan rancangan pelepasan air Fukushima

31 Jul 2023 • 4:15 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

SEOUL: Pengerusi Parti Demokrat (DP) iaitu pembangkang utama Korea Selatan Lee Jae-myung telah mengutus surat kepada Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida (gambar) menggesa agar rancangan Tokyo untuk melepaskan air radioaktif daripada loji kuasa nuklear Fukushima ke dalam laut dihentikan, kata jurucakap parti itu Isnin.

Pengerusi menghantar surat itu melalui Kedutaan Jepun di Seoul pada Jumaat untuk menyuarakan “kebimbangan dan tentangan rakyat” terhadap pembebasan yang dirancang, lapor Yonhap memetik ketua jurucakap DP, Kwon Chil-seung.

Lee juga menggesa agar rancangan itu dipertimbangkan semula secara serius.

Pemimpin DP juga meminta agar Jepun membentuk kumpulan perundingan tetap berhubung pelepasan itu dan mencadangkan untuk menjalankan penilaian terhadap kesan alam sekitar.

Beliau juga menggesa Tokyo untuk bekerjasama dengan masyarakat antarabangsa dan menghasilkan alternatif yang lebih selamat, kata Kwon.

Selain itu, Lee berkata beliau akan menunggu keputusan daripada Kishida supaya hubungan dua hala itu boleh berkembang menjadi satu memupuk keamanan di Asia Timur, tambah Kwon. -Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved