Ketua pembangkang Sepanyol umum hasratnya bentuk kerajaan baharu

24 Jul 2023 • 3:22 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

MOSCOW: Pemimpin pembangkang konservatif Sepanyol Parti Rakyat (PP), Alberto Nunez Feijoo (gambar) mengumumkan beliau akan membentuk kerajaan baharu selepas partinya memenangi pilihan raya awal, lapor Sputnik.

Berdasarkan kiraan undian rasmi terkini, dengan lebih 99 peratus undi selesai dikira, PP memenangi 136 kerusi di Parlimen, manakala Parti Pekerja Sosialis Sepanyol (PSOE) yang diketuai Perdana Menteri Pedro Sanchez memperoleh 122 kerusi.

Parti berhaluan kiri Sumar mendapat 31 kerusi, manakala parti berhaluan kanan VOX memperoleh 33 kerusi.

“Saya akan mengetuai dialog untuk membentuk kerajaan mengikut kehendak majoriti rakyat Sepanyol dalam pilihan raya pada Ahad,“ kata Feijoo dalam ucapan di ibu pejabat PP. -Bernama

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved