“Ketua Pemuda UMNO Tak Sekolah Ke?” – Menteri Pelancongan Bersuara Isu Bak Kut Teh Makanan Warisan Negara

Politics
1 Mar 2024 • 2:00 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Bak Kut Teh

Ketua Pemuda UMNO, Akmal Salleh telah meminta supaya Menteri yang mengiktiraf Bak Kut Teh sebagai hidangan warisan negara dipecat kerana gagal memikirkan sensitiviti rakyat di Malaysia.

Walau bagaimanapun, Menteri Pelancongan, Dato’ Seri Tiong King Sing telah membidas semula kenyataan daripada Akmal Salleh dengan mengatakan ini bukan kali pertama Ketua Pemuda UMNO itu memainkan isu perkauman atau agama.

image is not available

Kita sebagai rakyat Malaysia seharusnya saling menghormati antara satu sama lain serta lebih berhati-hati sebelum mengeluarkan kenyataan, mengambil kira impaknya terhadap perpaduan dan ketenteraman negara.

Berkaitan sup Bak Kut Teh, ‘Bak’ merujuk kepada daging. Saya telah beberapa kali menekankan bahawa herba yang digunakan adalah halal. Jenis daging yang digunakan boleh bertukar.

image is not available

Tiong King Sing juga memberi amaran kepada Ketua Pemuda UMNO supaya menghentikan politik ekstrem berbaur perkauman.

+ Baca respon pembaca Facebook dan Telegram Oh! Media.