Ketua Penyelidik My #QuranTime meninggal dunia

24 Sep 2024 • 12:33 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Ustaz Safri Muhammad, 48, disahkan meninggal dunia kira-kira jam 9.50 malam tadi.

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Ketua Penyelidik, Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF), Ustaz Safri Muhammad, 48, disahkan meninggal dunia kira-kira jam 9.50 malam tadi.

Menurut isterinya, Rusamiah Ismail, 51, Allahyarham Safri dimasukkan ke hospital kerana mengalami sakit gigi yang teruk dan pitam.

“Keadaan kesihatannya mula merosot dan mengalami batuk menyebabkan doktor mengambil keputusan untuk menidurkannya jam 5 petang tadi,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Isnin.

Ujarnya, doktor mengesahkan jantung arwah terhenti dan pihak hospital terpaksa melakukan bantuan pernafasan (CPR) sebanyak lima kali sebelum dia disahkan meninggal dunia.

Difahamkan, Allahyarham yang berasal dari Medan, Indonesia turut meninggalkan tiga orang anak berusia 15 hingga 20 tahun.

Beliau sebelum ini bertanggungjawab ke atas kajian My #QuranTime 1.0 dan 2.0 yang disiarkan di tiga stesen TV sejak tahun 2020 dan mengajar kelas bahasa Arab dan al-Quran di Kumpulan Karangkraf sejak tahun 2014.

Pada Sabtu lalu, Allahyarham terlibat dalam program Wellness #QuranHour di Masjid Darul Ehsan, SS 15 Subang Jaya.

Sementara itu, Pengurus Kanan Tugas Tugas Khas Kumpulan Karangkraf, Hashim Anang berkata, Allahyarham mempunyai Ijazah Sarjana dalam bidang Syariah Ulumul Quran dari Universiti Tripoli, Libya turut terlibat dengan World #QuranHour dan Malaysia #QuranHour sejak ia mula diperkenalkan.

“Jenazah dibawa pulang ke rumahnya di Bukit Kuda dan akan disempurnakan di Masjid Kampung Kuantan, Klang.

"Jenazah dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Cemerlang pagi Selasa,” katanya

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved